HomeIsu tempatanDBKK laksana pemeriksaan berterusan di semua tapak projek pembinaan

DBKK laksana pemeriksaan berterusan di semua tapak projek pembinaan

Read Time:1 Minute, 22 Second

Kota Kinabalu : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan terus melaksanakan pemeriksaan ke atas semua tapak projek pembinaan sekitar bandaraya Kota Kinabalu.

Ketua Pengarah DBKK Junainah Abbie berkata, pemeriksaan itu adalah bertujuan bagi memantau pematuhan aspek keteraturan tapakbina termasuk pematuhan pembinaan bangunan mengikut kelulusan Pelan Pembangunan dan Bangunan.

“Isnin lalu, DBKK telah menjalankan pemeriksaan ke atas dua tapak projek pembinaan yang terletak di sekitar kawasan bandaraya yang melibatkan seramai 12 anggota DBKK.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati tapak bina projek di Sadong Jaya berada dalam keadaan yang terkawal, dengan dua arahan kepada pihak pengurusan projek untuk mempertingkatkan kebersihan jalan bersebelahan dengan tapak bina selain memastikan semua kerja-kerja mengalih bahan binaan di bangunan selesai sebelum Jaring Keselamatan dan Pelantar Perangkap dialihkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pemeriksaan itu adalah melibatkan kakitangan Jabatan Kawalan Bangunan, Jabatan Pengangkutan dan Trafik, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam.

Pemeriksaan turut dihadiri pihak Arkitek projek, pemilik projek, kontraktor dan pegawai keselamatan tapakbina bagi kedua-dua projek.

Dalam satu lagi pemantauan ke tapak pembinaan projek di Sembulan, Junainah berkata, projek itu turut dilihat menunjukkan pengurusan yang teratur di tapakbina.

“Walau bagaimanapun, satu kompaun di bawah Undang-Undang Kecil (Kerja Tanah) 1987 telah dikeluarkan kepada kontraktor kerana gagal memastikan kebersihan di sebahagian kawasan tapakbina sehingga menyebabkan sampah bekas makanan dan botol minuman jatuh ke parit awam.

“Pemantauan berterusan akan dibuat bagi memastikan  parit dibersihkan serta-merta,” katanya.

Junainah berkata, pada masa yang sama, Juruperunding Arkitek yang dilantik oleh pemaju diingatkan untuk mengemukakan Laporan Pemantauan dan Perakuan Pematuhan syarat-syarat Kelulusan Pelan Bangunan secara berkala (sekurang- kurangnya empat bulan sekali) kepada DBKK. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular