HomePendapatKadar SST naik, rakyat jadi mangsa dan kekal sengsara ?

Kadar SST naik, rakyat jadi mangsa dan kekal sengsara ?

Read Time:6 Minute, 59 Second

Oleh WAN AZRAIN ADNAN

1.        Bermula 1 Mac 2024, Kerajaan Malaysia mula menaikkan kadar Cukai Jualan dan Perkhidmatan/ Sales and Service Tax (SST) dari 6% kepada 8% untuk pelbagai perkhidmatan. Manakala beberapa perkhidmatan pula telah di kecualikan dari kenaikkan tersebut, seperti – perkhidmatan makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik, di mana kadar SST 6% di kekalkan.

2.        Pada masa yang sama, skop cukai SST juga di perluaskan dengan mengenakan cukai SST kepada beberapa jenis perniagaan, iaitu – perkhidmatan pusat karaoke, perkhidmatan pembrokeran dan penajajaminan untuk perkhidmatan seperti broker kapal/ kapal terbang, komoditi dan harta tanah, perkhidmatan penyenggaraan atau pembaikan.

3.        Menurut Menteri Ekonomi Malaysia, dengan perluasan skop SST tersebut, lebih banyak syarikat akan di kenakan cukai SST, berbanding hanya 500,000 syarikat ketika ini. Seterusnya, kutipan cukai SST di jangka akan meningkat dengan lebih banyak syarikat yang di kenakan cukai SST, dan kadar SST 8% yang lebih tinggi.

4.        Menteri Kewangan II di laporkan berkata bahawa kenaikan kadar SST 8% ini di jangka akan menambah jumlah kutipan cukai SST sebanyak RM 3 billion kepada pendapatan Kerajaan Malaysia pada tahun 2024.

5.        Beliau turut menyatakan bahawa kutipan cukai SST daripada pelaksanaan ini akan membolehkan Kerajaan Malaysia meningkatkan bantuan bersasar kepada rakyat. Tambahan lagi, ianya akan membolehkan Kerajaan Malaysia melaksanakan penambahbaikan dan penyelenggaraan prasarana awam seperti – sekolah, hospital dan jalan raya.

6.        Tambahan lagi, beliau menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia perlu memperluas asas cukai untuk mengukuhkan kedudukan kewangan/ fiskal negara untuk pembangunan ekonomi yang mampan, selari dengan kerangka Ekonomi MADANI.

7.        Menurut Rakan Kongsi Ernst & Young Tax Consultants, Malaysia mempunyai ruang untuk memperluas asas cukai, memandangkan nisbah Pendapatan Cukai kepada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar)/ Tax Revenue to GDP (Gross Domestic Product)Malaysia adalah 11.8%. Ini merupakan antara terendah di Asia Tenggara.

8.        Sebagai perbandingan, nisbah Pendapatan Cukai kepada KDNK/ Tax Revenue to GDP untuk negara-negara ASEAN adalah: Singapura (12.6%), Thailand (16.4%), Filipina (18.1%), Vietnam (18.2%).

Manakala purata untuk rantau Asia-Pacific adalah 19.8%.

9.        Usaha Kerajaan Malaysia untuk mengukuhkan asas cukai negara melalui kenaikan kadar dan perluasan skop SST wajar menjadi pelan jangka pendek sahaja. Ramai berpendapat bahawa sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan/ Goods & Services Tax (GST) wajar di laksanakan semula menggantikan SST, kerana GST merupakan sistem cukai yang lebih menyeluruh, serta hasil kutipan yang lebih tinggi.

10.      Kerajaan Malaysia telah melaksanakan sistem SST sejak 1972, sebelum di gantikan dengan sistem GST pada April 2015. Tetapi Kerajaan Malaysia telah membuat keputusan untuk melaksanakan semula sistem SST pada September 2018.

11.      Ketua Percukaian PwC Malaysia berpandangan bahawa kenaikan kadar SST ini adalah satu langkah sementara sehingga Kerajaan Malaysia bersedia untuk melaksanakan GST.

12.      Manakala, menurut Pakar Ekonomi Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), hasil kutipan cukai Malaysia berada di belakang negara seperti Singapura dan Thailand, yang menggunakan sistem GST.

13.      Di samping itu, Ketua Cukai Tidak Langsung PwC Malaysia berpendapat bahawa Kerajaan Malaysia tidak akan dapat mengembangkan sumbangan cukai kepada KDNK jika sistem cukai tidak meliputi rantaian bekalan sepenuhnya.

14.      Pada tahun 2020, Menteri Kewangan di laporkan berkata bahawa jumlah kutipan SST yang di pungut oleh Kerajaan Malaysia pada tahun 2019 adalah RM 27.5 billion. Kutipan ini adalah lebih rendah berbanding dengan jumlah kutipan GST sebanyak RM 44 billion sebelum itu, iaitu perbezaan sebanyak RM 16.5 billion.

15.      Menurut beliau, jurang sebenar di antara kutipan SST dan GST adalah sekitar RM 9 billion, manakala selebihnya adalah jumlah pembayaran balik cukai/ tax refund.

16.      Ini bermakna kutipan hasil cukai negara telah banyak merosot apabila Kerajaan Malaysia membuat keputusan untuk menukarkan kembali sistem GST kepada sistem SST pada tahun 2018.

17.      Kerajaan Malaysia juga wajar meneliti usaha untuk meningkatkan hasil pendapatan negara tanpa membebankan seluruh rakyat. Usaha Kerajaan Malaysia tidak wajar tertumpu kepada peningkatan kadar cukai, perluasan skop cukai serta pengenalan cukai baru.

18.      Sebagai contoh. Isu rokok seludup merupakan isu besar yang menghantui negara untuk sekian lama. Menurut laporan Kajian Rokok Seludup (ICS) yang di terbitkan pada Mei 2023 oleh Gabungan Pengilang Tembakau Malaysia (CMTM), gejala rokok seludup di Malaysia berada di paras 55.3%. Walaupun ada sedikit penurunan berbanding tahun 2022 (56.6%), paras tersebut masih di anggap sangat tinggi mengikut piawaian antarabangsa.

Ini bermakna, untuk setiap 10 kotak rokok yang terjual di pasaran negara, hampir 6 kotak adalah rokok seludup!

19.      Isu rokok seludup ini amat kritikal sehinggakan pengilang rokok telah menutup operasi kilang. Dalam tempoh hampir 15 tahun, tiga pengilang rokok global telah menutup operasi kilang di Malaysia: Phillip Morris International (2012), British American Tobacco Malaysia (2016), JT International (2017).

20.      Akibatnya, ramai rakyat telah kehilangan kerja. Negara pula telah kehilangan pelaburan serta kerancakan ekosistem sokongan industri tersebut, yang melibatkan kehilangan nilai berbillion ringgit.

21.      Rokok seludup banyak terjual kerana harganya yang jauh lebih murah dari rokok sah, di mana perbezaan harga tersebut boleh mencecah lebih 300%. Sebagai contoh, rokok seludup di jual pada harga antara RM 4 – RM 8 sekotak, berbanding harga rokok sah yang melebihi RM 12 sekotak.

22.      Pada masa yang sama, Gabungan Pengilang Tembakau Malaysia (CMTM) turut melaporkan terdapat peningkatan isu rokok dengan setem cukai palsu di dalam pasaran negara, dari 4.9% (2018) kepada 8.5%. CMTM melaporkan terdapat lebih 20 jenama rokok dengan setem cukai palsu di Malaysia.

23.      Oleh kerana isu rokok seludup berkenaan, Gabungan Pengilang Tembakau Malaysia (CMTM) menganggarkan Kerajaan Malaysia kehilangan hasil cukai kira-kira RM 5 billion setahun.

24.      Tambahan lagi, lambakan rokok seludup di dalam negara membuktikan sempadan negara mudah di cerobohi oleh penyeludup. Kerajaan Malaysia mesti memperkukuhkan pertahanan sempadan negara agar kegiatan penyeludupan, yang merangkumi barangan dan manusia, dapat di tangani secara efektif. Ini adalah isu keselamatan serta kedaulatan negara yang mesti di beri keutamaan.

25.      Apabila isu rokok seludup dapat di tangani, Kerajaan Malaysia akan dapat meningkatkan kutipan hasil cukai. Malah kehilangan hasil cukai RM 5 billion tersebut adalah lebih besar berbanding dengan anggaran penambahan hasil cukai sebanyak RM 3 billion dari peningkatan kadar dan perluasan skop SST.

26.      Maka, sekiranya isu rokok seludup berjaya di tangani, walaupun tidak sepenuhnya, Kerajaan Malaysia dapat menambah kutipan hasil cukai, tanpa perlu meningkatkan kadar cukai, skop cukai atau memperkenalkan cukai baru yang membebankan rakyat. Langkah sebegini akan mengurangkan tekanan peningkatan kos sara hidup yang di hadapi oleh rakyat ketika ini.

27.      Menteri Ekonomi Malaysia di laporkan berkata bahawa sebaik mungkin Kerajaan Malaysia hanya ingin mencukai kumpulan yang paling kecil menerusi SST, berbanding seluruh rakyat Malaysia di bawah pelaksanaan GST.

28.      Namun begitu, seluruh rakyat Malaysia sudah pasti akan merasai peningkatan kos sara hidup dengan kenaikkan kadar SST 8% serta perluasan skop SST tersebut. Walaupun tidak semua perniagaan yang di kenakan kenaikan kadar SST 8% tersebut, ianya tetap akan memberi kesan negatif kepada keseluruhan rantaian bekalan/ supply-chain ekonomi negara.

29.      Ketua Bahagian Percukaian Deloitte Malaysia di laporkan berkata bahawa kenaikan kadar SST akan memberi kesan segera kepada peningkatan kos perniagaan, yang akhirnya akan di salurkan oleh peniaga kepada pengguna melalui harga barangan dan perkhidmatan yang lebih tinggi.

30.      Tindakan Kerajaan Malaysia membatalkan pelaksanaan GST pada tahun 2018 telah menyebabkan kutipan hasil cukai negara banyak berkurangan. GST telah terbukti memberikan kutipan hasil cukai yang lebih tinggi berbanding SST.

31.      Dengan itu, Kerajaan Malaysia terpaksa melaksanakan pelbagai usaha untuk menampung kehilangan kutipan hasil cukai tersebut, termasuklah meningkatkan kadar serta perluasan skop SST. Namun begitu, anggaran penambahan kutipan hasil cukai dengan peningkatan kadar serta perluasan skop SST masih belum dapat menampung kehilangan hasil cukai selepas GST di batalkan.

RELATED ARTICLES
Utama

Pemotong rumput luka tembus di lengan kanan, terkena tembakan senjata tiruan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular