HomeSukanTABS Mix 9 juara Kejohanan Piala BFC B10

TABS Mix 9 juara Kejohanan Piala BFC B10

Read Time:1 Minute, 6 Second

Kota Marudu : Pasukan Tunas Asas Bola Sepak (TABS) Mix 9 berjaya muncul juara Kejohanan Bola Sepak Piala BFC B10 Terbuka 2024 setelah menumpaskan pasukan KB FC 6-0 pada perlawanan akhir di padang pekan lama di sini, semalam.

Dengan keputusan tersebut, KB FC menduduki naib juara manakala pasukan SK Lampada memenangi tempat ketiga. Pasukan terbabit masing-masing menerima trofi, medal dan wang tunai.

Dalam kategori B8, pasukan TABS Mix 8 memenangi naib juara selepas tewas kepada Farizz Football Academy 0-1 pada perlawanan akhir kategori umur tersebut.

Ini kekalahan pertama kali TABS Mix 8 terhadap pasukan itu setelah beberapa kali dalam pertemuan mereka sebelum ini. Satu lagi pasukan TABS B8 memenangi tempat ketiga.

Jurulatih Suryadi Sarman yang mengetuai pasukan ke kejohanan tersebut, berkata pihaknya berpuas hati dengan pencapaian pemain-pemainnya kerana terus menunjukkan prestasi yang baik sepanjang kejohanan itu.

Beliau dibantu empat jurulatih lain, Nur Jannah Gabas Abdullah, Muhamad Asrof, Azanuddin dan Asmady.

Menurut Suryadi, ini kejuaraan kedua yang diperoleh pasukan TABS Mix 9 selepas menjuarai Kejohanan Piala Sunquick dan Fatos Sport di Penampang, bulan lalu.

Pasukan TABS Mix 8 turut menjuarai kejohanan tersebut namun hanya berjaya menduduki naib juara dalam Kejohanan Piala BFC.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi TABS SAFA Bandaraya, Lokman Sunggim menerima trofi kemenangan yang diserahkan ketua pasukan TABS Mix 9, Aryan Shahrizal di padang TABS Sukma pada Ahad.

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah luluskan peruntukan RM12.24 juta naik taraf kemudahan Stadium Likas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular