HomeUtamaKerajaan negeri berusaha selesai isu berkaitan keperluan asas rakyat Sabah

Kerajaan negeri berusaha selesai isu berkaitan keperluan asas rakyat Sabah

Read Time:2 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan terus memastikan kehidupan rakyat Sabah terbela dengan usaha berterusan menyelesaikan isu berkaitan keperluan asas rakyat khususnya elektrik, air, perumahan dan lain-lain, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, isu itu telah menghantui rakyat Sabah sejak sekian lama, tanpa menunding jari kepada mana-mana pihak, kerajaan pimpinannya sejak September 2020 telah
melaksanakan pelbagai ikhtiar bagi menjamin kehidupan rakyat yang lebih selesa.

“Kita telah melancarkan Sabah Energy Roadmap & Master Plan 2040 pada bulan
September tahun lalu sebagai usaha beralih daripada sumber tenaga tidak boleh
diperbaharui seperti gas asli dan bergantung kepada rangkaian sungai di Sabah.

“Permintaan bekalan tenaga elektrik yang semakin meningkat pada masa ini boleh
diatasi dengan mempercepatkan pengeluaran hidroelektrik bagi memenuhi keperluan industri yang semakin pesat di negeri ini. Tenaga boleh diperbaharui seperti solar, biomas dan biogas akan melengkapkan lagi kapasiti penghasilan tenaga elektrik di Sabah”, katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Amanat dan Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri dan Persekutuan Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Isnin.

Hajiji berkata, Projek Hidroelektrik Ulu Padas di Tenom yang dijangka siap pada 2029, aliran bekalan elektrik akan diperluaskan dengan menghubungkan rantau selatan dan tenggara Sabah sekali gus mencipta rangkaian tenaga yang lebih stabil.

Menurutnya, projek itu akan turut membantu menyelesaikan kekurangan bekalan air dalam tempoh masa panjang dengan penghasilan 6,000 juta liter air sehari. Projek itu juga akan menjadi “game changer” kepada negeri Sabah sekali gus menjamin kehidupan yang lebih baik dan sempurna pada masa akan datang.

Beliau berkata, bagi memastikan bekalan air menjadi lebih stabil, kerajaan juga telah
meningkatkan kapasiti bekalan air di Loji Rawatan Air Telibong 1 dan 2, sebanyak 130
juta liter air sehari hingga 160 juta liter air sehari yang mampu membekalkan air di kawasan Utara Kota Kinabalu termasuk di Tuaran, Taman Perindustrian Kota Kinabalu
(KKIP) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Menurutnya, kerajaan turut meningkatkan kapasiti bekalan air di Loji Rawatan Air
Kogopon di Papar kepada 80 juta liter air sehari meliputi kawasan Papar, Kimanis
hingga ke Selatan Kota Kinabalu. Projek itu yang bermula 5 bulan lepas dengan kos RM385 juta dijangka siap pada tahun 2026.

Hajiji berkata, Kerajaan Negeri juga telah menubuhkan syarikat minyak dan gas sendiri
pada 7 Disember 2021 iaitu SMJ Petroleum Sdn Bhd (kini dikenali SMJ Energy Sdn Bhd) dan setakat Disember 2023, SMJ Energy mempunyai lebih RM5 billion jumlah aset.

Beliau berkata, SMJ Energy mempunyai pemerolehan aset pengeluar minyak dan gas
yang menguntungkan dengan aliran tunai yang kukuh melalui 50% faedah penyertaan
dalam Samarang Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC), 25% dalam loji petrokimia
(Sabah Ammonia and Urea Plant (SAMUR)) di Sipitang, dan 10% pegangan pemilikan dalam LNG9 yang dikendalikan dalam Kompleks LNG Bintulu selepas pemerolehan Sabah International Petroleum Sdn Bhd (SIP) pada bulan November 2023.

“Selain itu kita turut memperolehi pegangan sebanyak 25% dalam pembinaan kemudahan gas asli cecair terapung yang dikenali sebagai ZLNG di SOGIP, Sipitang.

“SMJ Energy juga telah berjaya menjual hasil minyak mentah sebanyak 3 kali iaitu pada Ogos 2023, Oktober 2023 dan Januari 2024 melalui 50% kepentingannya di Samarang PSC kepada syarikat minyak antarabangsa, dengan pendapatan kasar gabungan berjumlah kira-kira RM371 juta.

“Yang pasti, kita akan meneruskan usaha untuk mendapatkan lebih banyak kepentingan penyertaan dengan PETRONAS, insyaa Allah”, katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

KePKAS ambil tindakan, langkah tertentu cegah kemalangan libatkan aktiviti paragliding

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular