HomeUtama45 rumah atas air musnah dijilat api

45 rumah atas air musnah dijilat api

Read Time:43 Second

TAWAU: Kira-kira 45 buah rumah atas air musnah dalam kebakaran di Jalan Tanjung Batu Laut Logpond, Kg Tanjung Batu di sini petang tadi.

Kebakaran rumah di Kg Tanjung Batu, Tawau petang tadi. – Foto ihsan JBPM Sabah

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysian (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.30 petang tadi mengenai kebakaran itu.

Katanya, pasukan bomba dari BBP Tawau dan Bomba Komuniti Kampung Titingan bergegas ke lokasi kejadian mendapati kebakaran melibatkan lebih kurang 45 buah rumah jenis tidak kekal telah terbakar 100 peratus.

“Anggaran keluasan kebakaran 9000 meter persegi. Operasi pemadaman dilakukan menggunakan air dari jentera bomba, air pili dan sumber air terbuka (air laut).

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kebakaran itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, operasi terkawal pada jam 4.31 petang dan maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

RELATED ARTICLES
Utama

Tinjauan di MBCA, teroka khazanah alam tersembunyi – Ghulam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular