HomeUtamaEmpat bahasa digunakan dalam risalah pelancongan Sabah

Empat bahasa digunakan dalam risalah pelancongan Sabah

Read Time:1 Minute, 0 Second

Berlin: Risalah mengenai pelancongan Sabah diterjemahkan kepada empat bahasa bagi memastikan rakyat di negara terlibat dapat memahami situasi negeri ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew berkata, antara bahasa yang diterjemahkan adalah bahasa Jerman, Belanda, Perancis dan Sepanyol.

Katanya, inisiatif itu adalah komitmen yang dilaksanakan oleh Lembaga Pelancongan Sabah (STB)

“Walaupun bahasa Inggeris digunakan di peringkat antarabangsa, tetapi ia adalah usaha bagi memenuhi kehendak pelawat negara berkenaan. Kami berharap ia dapat meningkatkan kemasukan bilangan pelancong untuk melihat keindahan alam semula jadi di Sabah.

“Dengan inisiatif itu, kami sudah melengkapkan risalah sedia ada yang kini dalam bahasa Inggeris, Cina, Jepun dan Korea disamping ia bersesuaian dengan kepentingan pasaran sasaran,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Christina berkata, penjenamaan ‘Feel Sabah’ dalam pelbagai bahasa merangkumi intipati daya tarikan unik Sabah.

Katanya, pelancong Jerman adalah kedua tertinggi selepas United Kingdom (UK) dan Ireland bagi negara eropah yang tiba di Sabah pada tahun lepas.

“Ini membuktikan bahawa Sabah perlu memberikan penekanan terhadap pasaran Jerman dan menyediakan maklumat yang bersesuaian bagi memenuhi keperluan mereka,” katanya.

Terdahulu, Christina turut hadir pada pameran pelancongan, di sini dan turut dihadiri, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai.

RELATED ARTICLES
Utama

KKM sasar sifar kes kusta menjelang 2030

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular