HomeIsu tempatanMetMalaysia laksana ujian siren SAATNM di Masjid Al-Ikhwan, Sabah Port

MetMalaysia laksana ujian siren SAATNM di Masjid Al-Ikhwan, Sabah Port

Read Time:33 Second

Kota Kinabalu : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) esok.

Pengujian siren itu akan dilaksanakan di Masjid Al-Ikhwan, Sabah Port di sini bermula jam 9 pagi hingga 11 pagi.

“Dimaklumkan bahawa MetMalaysia akan melaksanakan pengujian siren SAATNM pada 15 Mac 2024 (Jumaat) di Masjid Al-Ikhwan, Sabah Port jam 9 hingga 11 pagi,” menurut kenyataan MetMalaysia di sini hari ini.

MetMalaysia turut menasihati penduduk di kawasan sekitar agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut.

“Penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan suatu ujian sahaja. MetMalaysia akan memaklumkan jika terdapat sebarang pindaan,”katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

DBKK berjaya lupuskan 97 tan sampah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular