HomeUtamaKemarau : 150,000 penduduk Papar terjejas

Kemarau : 150,000 penduduk Papar terjejas

Read Time:2 Minute, 3 Second

Papar : Seramai 150,000 penduduk sekitar daerah ini terjejas akibat kemarau yang melibatkan 42 buah kampung serta beberapa buah sekolah, taman perumahan dan rumah ibadat.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Papar Mohd Fuad Abdullah berkata, operasi menghantar bekalan air bersih telah dijalankan di empat kawasan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Antaranya adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Pantai Manis; Kampung Timbangan; Palm Condominium dan Gereja Kampung Limbahau.

“Penghantaran bekalan air bersih melibatkan aset serta logistik daripada jabatan serta agensi terlibat antaranya Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) sebanyak tujuh buah lori tanker berkapasiti 10,000 liter dan sebuah lori tanker Majlis Daerah Papar yang berkapasiti sebanyak 10,000 liter.

“Selain itu, sebuah lori tanker berkapasiti 20,000 liter di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Limbahau diletakkam di Balai Raya Ulu Sapat serta sebuah lori di DUN Pantai Manis serta tiga buah lori DUN Kawang.

“Manakala bagi Parlimen Papar terdapat dua buah lori digunakan dan dua buah lori tiga tan dari Jabatan Kerja Raya (JKR) turut digunakan selain sebuah lori rescue tender Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Fuad berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar hari ini turut melaporkan satu kejadian kebakaran lalang berlaku pada di SK Agama Sekayan, Pengalat Besar melibatkan kawasan seluas dua ekar kira-kira jam 12.07 tengah hari tadi.

Katanya, BBP Papar juga merekodkan sembilan kes kebakaran dalam tempoh seminggu mulai 9 Mac lalu. 

“Ia termasuk kebakaran lalang masing-masing di Kg Beringgis (9 Mac), Kg Surapit (12 Mac) dan Kg Manggis (14 Mac). Manakala, kebakaran belukar terjadi di Kg Kopimpinan Kawang (10 Mac) dan Monfort Youth Training Center Kinarut (12 Mac) dan Kg Manggis (13 Mac). Kebakaran hutan di Kg Langkawit (12 Mac) dan Kg Berundong (13 Mac).

“Kemarau di daerah ini turut menjejaskan sektor pertanian khususnya 93 orang pesawah padi masing-masing di Mukim Limbahau (54.68 hektar) dan Mukim Biau Padawan dengan kelausan kira-kira 30.22 hektar,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Fuad berkata, dalam aspek pencegahan kebakaran, Jabatan Penerangan Negeri Sabah khususnya Pejabat Penerangan Daerah melaksanakan Info On Wheels (IOW) di tiga lokasi iaitu Kg Berundong, Kg Bambangan dan Kg Beringgis.

“Kerajaan Negeri Sabah sentiasa cakna dan akan terus memantau perkembangan bencana ini bagi memastikan keadaan sentiasa terkawal. 

“Justeru, Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) yang dianggotai pelbagai agensi dan jabatan, telah diaktifkan 24 jam di Aras 1, Bangunan Urus Setia Daerah Papar dan talian 088-914999,” katanya. – SABAH MEDIA

 

RELATED ARTICLES
Utama

Kementerian Kewangan berjaya tingkatkan pendapatan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular