HomeUtamaAhli Parlimen Papar terus pastikan bekalan air sampai kepada penduduk terjejas

Ahli Parlimen Papar terus pastikan bekalan air sampai kepada penduduk terjejas

Read Time:1 Minute, 45 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PAPAR: Gangguan bekalan air di 43 kampung dan taman perumahan membabitkan lebih 100,000 penduduk di kawasan Papar mendapat perhatian serius Ahli Parlimennya Datuk Armizan Mohd Ali.

Armizan berkata, pelbagai usaha telah dilakukan termasuk menambah kapasiti bekalan air 600,000 liter air sehari kepada 1.18 juta liter air sehari ke kawasan-kawasan yang terjejas.

“Kalau sebelum diisytiharkan bencana kemarau itu dalam 600,000 liter air sehari sekarang kapasiti harian yang mampu kita hantar bekalan air sehari hanya 1.18 juta liter sehari jauh daripada keperluan sekurang-kurangnya untuk Parlimen Papar ini kita perlu pada kadar 7 juta liter air sehari.

“Justeru, kita akan berusaha lagi untuk memohon daripada pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri, pihak-pihak swasta untuk membantu kita dalam aspek lori-lori tangki yang bersesuaian membekalkan bekalan air.

“Namun begitu kita juga mendapat cabaran untuk mendapatkan bekalan air dari Loji Rawatan Air Kogopon iaitu isu kesesakan di sana kerana terlalu banyak kenderaan yang berkumpul untuk mengambil air tersebut, jadi kita mengambil pendekatan bahawa lori-lori yang kecil juga boleh mengambil air dari Jabatan Air Papar,” katanya ketika ditemui pemberita semasa menghantar bekalan air di Kampung Kuala dekat sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai pelaksanaan kaedah pembenihan awan di kawasan Papar, beliau berkata, ekosistem kawasan Papar tidak sesuai dilakukan pembenihan awan dan adalah lebih baik peruntukan yang ada digunakan untuk menyewa lori-lori air untuk kemudahan penghantaran air ke kawasan terjejas.

“Difahamkan kawasan Papar ekosistem tidak sesuai untuk melakukan pembenihan awan dan kalau mahu buat juga kosnya secara kasar tiga kali percubaan RM1 juta dan akhirnya tidak berhasil, jadi lebih baik peruntukan itu, kita terima di Papar untuk sewa lebih banyak lori swasta untuk memunggah air.

“Hari ini saya akan mempengerusikan sendiri mesyuarat bersama agensi-agensi yang terlibat, untuk mencari peruntukan bukan isu, dalam keadaan bencana begini kita perlu gunakan peruntukan yang ada termasuk Pejabat MP untuk sewaan dan sebagainya untuk membolehkan kita bantu masyarakat yang sedang dalam kesusahan,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bantuan menghantar bekalan air akan diteruskan hingga Hari Raya Aidilfitri dan hingga masalah bekalan air itu dapat diselesaikan.

RELATED ARTICLES
Utama

Kementerian Kewangan berjaya tingkatkan pendapatan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular