HomePolitikKarim Bujang sertai Gagasan Rakyat

Karim Bujang sertai Gagasan Rakyat

Read Time:44 Second

Kota Kinabalu : Pengerusi Tetap Parti Warisan (WARISAN) , Datuk Karim Bujang, mengumumkan keluar parti itu dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Karim menyerahkan borang keahlian kepada Hajiji yang juga Presiden Gagasan Rakyat pada Majlis Berbuka Puasa bersama kepimpinan parti itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini 

Hadir sama Timbalan Presiden, Datuk Seri Masidi Manjun, Naib-Naib Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif dan Datuk Masiung Banah.

Turut sama hadir pada majlis itu, Setiausaha Agung, Datuk Mohd Razali Razi, Ketua Pergerakan Pemuda Negeri, Datuk Fairuz Renddan, Ketua Wanita Negeri, Datuk Redonah Bahanda, Ketua Beliawanis Negeri, Emmie M. Idang, Ketua Penerangan Negeri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dan Bendahari Negeri, Datuk Gulamhaidar Khan Bahadar.

Terdahulu, Hajiji turut mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Gagasan Rakyat di bilik mesyuarat Kinabalu, SICC. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kementerian Kewangan berjaya tingkatkan pendapatan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular