HomeIsu tempatanYNJ, Adabi Sabah agih 3,000 pek bubur lambuk

YNJ, Adabi Sabah agih 3,000 pek bubur lambuk

Read Time:54 Second

Kota Kinabalu: Yayasan Nur Jauhar (YNJ) bersama Adabi Sabah Distribution Sdn Bhd menyumbangkan sebanyak 3,000 pek bubur lambuk kepada 30 agensi kerajaan.

Majlis penyampaian sumbangan yang diadakan di Istana Seri Kinabalu di sini kelmarin disempurnakan Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah Tan Sri R.M Jasni. 

Pengurus Besar Syarikat Adabi Sabah, Muhammad Zahari Nasir berkata, 3,000 pek bubur lambuk akan diagihkan kepada 30 agensi merangkumi jabatan kerajaan seperti Jabatan Penyiaran Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Masjid Bandaraya, Hospital Queen Elizabeth, masjid, madrasah dan rumah kebajikan.

“Kita mula memasak sekitar jam 8 pagi disertai kakitangan dari pelbagai agensi antaranya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Kastam DiRaja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia (Darat), Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), City University dan Yayasan Nur Jauhar (YNJ),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Bubur Lambuk Adabi sempena Bulan Ramadan Bersama Yang Amat Berhormat Toh Puan.

Tardahulu, seramai 120 orang terlibat menyediakan 10 periuk bubur lambuk pada sebelah pagi dan turut disertai Toh Puan Norlidah serta mengambil peluang menggaul bubur.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

IMAGO taja lokasi pertandingan Unduk Ngadau Bandaraya Kota Kinabalu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular