HomeIsu tempatanSinggah Sahur Bersama YPC, Wanita, Pemuda Gagasan Rakyat Likas

Singgah Sahur Bersama YPC, Wanita, Pemuda Gagasan Rakyat Likas

Read Time:59 Second

KOTA KINABALU : Youth Power Club Kota Kinabalu (YPC) dengan kerjasama Pergerakan Wanita dan Pemuda Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bahagian Likas telah mengadakan Program Singgah Sahur awal pagi tadi.

Pengagihan makanan untuk Program Singgah Sahur bersama-sama dengan Halizah, Syahmee dan ahli-ahli YPC Kota Kinabalu di hadapan Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah, Likas.Foto Ihsan Wanita Gagasan Rakyat Likas

Program ini diadakan dengan mengagihkan juadah untuk bersahur di Hospital Queen Elizabeth 1, Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah, Likas dan sekitar bandaraya Kota Kinabalu.

Sebanyak 100 pek juadah bersahur disediakan dalam program itu.

Menurut Ketua Wanita Gagasan Rakyat bahagian Likas, Halizah Din berkata bulan Ramadan perlu dimanfaatkan sebaik mungkin oleh umat Islam kerana mempunyai banyak pengajaran selain menahan lapar dan dahaga.

Halizah menyampaikan juadah sahur kepada waris pesakit yang berada di ruang perkarangan Hospital Likas.

“Dalam keadaan kita menahan lapar dan dahaga, jangan sesekali kita lupa maksud disebaliknya iaitu memahami perasaan dan keadaan golongan tidak bernasib baik.

“Selain itu, program ini juga bertujuan mengeratkan silaturrahim antara sesama kita,” katanya selepas mengagihkan juadah Program Singgah Sahur.

Hadir sama Ketua Pemuda Gagasan Rakyat bahagian Likas, Syahmee Mohd Ron serta ahli-ahli Youth Power Club Kota Kinabalu.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

28 Hafiz, Hafizah sertai kategori hafazan pada MTHQNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya