HomePendapatRakyat Labuan berhak nikmati kesejahteraan hidup lebih selesa, serta pendapatan bermaruah.

Rakyat Labuan berhak nikmati kesejahteraan hidup lebih selesa, serta pendapatan bermaruah.

Read Time:8 Minute, 11 Second

Oleh WAN AZRAIN ADNAN

1.        Di seluruh negara, dari Perlis hingga ke Sabah, terdapat ratusan buah pulau. Tetapi tiada pulau di Malaysia yang dapat menandingi kehebatan Pulau Labuan. Ini kerana Labuan merupakan satu-satunya pulau di Malaysia yang di anugerahkan dua kedudukan utama, iaitu: Pulau Bebas Cukai (PBC) dan Pusat Kewangan Antarabangsa.

Sumber: Borneo Post Online, 4 December 2023

2.        Namun begitu, Labuan masih kurang di kenali dan kurang menonjol jika di bandingkan dengan lain-lain pulau di Malaysia. Pulau-pulau seperti Langkawi, Sipadan, Redang, Tioman, Pangkor dan Mabul, lebih di kenali ramai di Malaysia dan luar negara. Malah pulau-pulau berkenaan senantiasa mendapat promosi secara meluas. Maka tidak hairanlah pulau-pulau berkenaan sering menjadi pilihan utama pelancong.

3.        Fakta menarik. Labuan di gabungkan bersama Borneo Utara (iaitu nama lama Sabah) pada tahun 1946, dan pada tahun 1963 bergabung ke dalam Malaysia bersama Sabah. Pada April 1984, Labuan telah di isytiharkan sebagai sebuah Wilayah Persekutuan.

4.        Labuan merupakan Pulau Bebas Cukai (PBC) pertama di Malaysia, sejak sebelum merdeka lagi. Ianya merupakan salah satu daripada empat Pulau Bebas Cukai di Malaysia:

  • Labuan: sejak 1 September 1956
  • Langkawi: sejak 1 Januari 1987
  • Tioman: sejak 1 September 2002
  • Pangkor: sejak 1 Januari 2020

5.        Di samping itu, sejak tahun 1990, Labuan di isytiharkan sebagai Pusat Kewangan Luar Pesisir Antarabangsa/ International Offshore Financial Centre (IOFC).  Dan pada tahun 2008, Labuan telah di jenamakan sebagai Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan/ Labuan International Business and Financial Centre (Labuan IBFC).

Labuan adalah satu-satunya Pusat Kewangan Luar Pesisir di Malaysia.

6.        Fakta menarik: Pusat Kewangan Luar Pesisir ialah satu kawasan yang tidak mengenakan cukai ataupun mengenakan kadar cukai yang rendah ke atas pendapatan yang di hasilkan dari aktiviti perniagaan luar pesisir yang di laksanakan di situ.

7.        Menurut Ketua Pengarah Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Labuan/ Labuan Financial Services Authority (Labuan FSA), kini Labuan IBFC menjadi hos kepada hampir 900 institusi kewangan, yang merangkumi aktiviti perbankan, insurans, insurans semula (re-insurance), perdagangan komoditi, pajakan dan perkhidmatan kewangan digital.

8.        Pada November 2023, semasa Persidangan Dewan Rakyat, Timbalan Menteri Kewangan II di laporkan berkata bahawa:

  • Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) telah menyumbang lebih RM 1 billion kepada pendapatan negara pada tahun 2022, yang merupakan kutipan hasil tertinggi sejak tahun 1990
  • Labuan IBFC menyumbang lebih 50% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Labuan, yang mencecah hampir RM5 billion (2019 – 2020)
  • Labuan IBFC merupakan majikan kolar putih yang terbesar di Labuan dengan jumlah pekerja melebihi 9,000 orang, merangkumi 20% daripada jumlah pekerjaan di seluruh Labuan
  • Labuan memiliki 70 buah bank perbankan luaran, dengan jumlah aset hampir US$ 50 billion, berbanding Singapura (99 buah) dan Hong Kong (61 buah)
  • Labuan memiliki 237 buah syarikat insurans dan berkaitan dengan insurans, dengan jumlah premium insurans berjumlah US$ 1.7 billion, berbanding Singapura (180 buah) dan Hong Kong (163 buah)

9.        Ini menunjukkan, dalam tempoh lebih tiga dekad, Labuan sedikit sebanyak telah berjaya di bangunkan sebagai sebuah Pusat Kewangan Antarabangsa. Kejayaan ini telah dapat memberikan hasil kepada Labuan dan juga negara secara am-nya.

10.      Walau bagaimanapun, Labuan masih di belenggu beberapa isu utama yang memerlukan penyelesaian segera. Ini termasuklah: pembangunan sosio-ekonomi yang perlahan, kadar pengangguran yang tinggi, infrastruktur air dan elektrik yang usang dan tidak mencukupi, serta ketersambungan/ connectivity udara, air dan darat yang tidak cekap dan meluas.

11.      Isu-isu berkenaan bukan sahaja menjejaskan kesejahteraan hidup rakyat Labuan, malah turut menjejaskan agenda pembangunan Labuan. Malangnya, isu-isu berkenaan turut mencacatkan kedudukan dan peranan Labuan sebagai sebuah Pusat Kewangan Antarabangsa.

12.      Maka, untuk merangsangkan aktiviti kewangan Islam di Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC), di bawah Belanjawan Malaysia 2024, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan insentif pengecualian penuh cukai pendapatan selama 5 tahun untuk organisasi di Labuan yang terlibat di dalam aktiviti kewangan Islam.

Ini selaras dengan agenda Kerajaan Malaysia untuk menempatkan Labuan sebagai hab kewangan Islam yang utama di rantau Asia Pasifik.

13.      Rata-rata, keputusan tersebut telah di sambut baik oleh semua pihak. Namun begitu, semasa Persidangan Dewan Negara baru-baru ini, Pengerusi Perbadanan Labuan telah mencadangkan agar Kerajaan Malaysia memberikan insentif cukai kepada semua jenis perniagaan di Labuan, untuk menarik pelaburan dan merancakkan pembangunan ekonomi Labuan.

Ketika ini, hanya 23 jenis perniagaan yang di kawal-selia oleh Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Labuan/ Labuan Financial Services Authority (Labuan FSA) menikmati insentif kadar cukai 3.0%.

14.      Di samping itu, di bawah Belanjawan 2024, Kerajaan Malaysia telah memperuntukan sejumlah RM 300 juta untuk menangani isu bekalan air di Labuan.

15.      Ketika ini, Labuan menerima bekalan air dari Sabah melalui saluran paip bawah laut sepanjang lebih 25 km. Menurut Timbalan Perdana Menteri, sebagai penyelesaian jangka panjang, Labuan wajar memiliki sumber air tersendiri. Ini akan dapat mengurangkan kebergantungan kepada bekalan air dari Sabah, yang kadang-kala berlaku gangguan bekalan air. Sudah pasti cadangan ini memerlukan jumlah dana yang besar, dan akan mengambil masa yang lama untuk di realisasikan.

16.      Semasa Persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini, Menteri Wilayah Persekutuan memaklumkan bahawa beberapa projek infrastruktur sudah di rancang untuk menambah-baik bekalan air dan elektrik di Labuan. Ini termasuklah: pembinaan stesen jana-kuasa elektrik baru yang di jangka beroperasi pada tahun 2028, meningkatkan kapasiti penjanaan elektrik Pencawang Pembahagi Utama Enoe, menggantikan sistem pam dan paip air, dan meningkatkan kapasiti simpanan air.

17.      Untuk menangani isu ketersambungan/ connectivity, beliau turut memaklumkan bahawa Kerajaan Malaysia merancang dan meneliti beberapa perkara, termasuklah: menambah kekerapan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Labuan, menambah bilangan pengendali dan kekerapan perkhidmatan feri antara Sabah dan Labuan, serta membangunkan fasiliti kargo udara.

18.      Sejak sekian lama, laluan air menggunakan perkhidmatan feri merupakan laluan utama untuk mengunjungi Labuan dari Sabah. Perkhidmatan feri tersebut di lihat sebagai tidak cekap kerana kekerapan yang rendah dan tempoh perjalanan feri penumpang dan kenderaan yang mengambil masa sehingga 90 minit.

19.      Tambahan lagi, sejak pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan/ Sales & Service Tax (SST) 8% bermula pada 1 Mac 2024 lalu, ada pengendali perkhidmatan feri Labuan telah mengumumkan kenaikan harga tambang feri.

20.      Ini merupakan kenaikan terbaru selepas tambang feri roll-on roll-off (ro-ro) untuk kenderaan di naikkan melebihi 40% pada November 2022. Ketika itu, harga tambang baru feri Labuan – Menumbok (Sabah) di naikkan:

  • kenderaan persendirian sedan: RM 40 kepada RM 57 sehala
  • kenderaan persendirian MPV/ SUV/ 4WD: RM 50 kepada RM 67
  • motosikal bawah 250cc: RM 15 kepada RM 26
  • motosikal 250cc ke atas: RM 30 kepada RM 41

21.      Pada Januari 2024, Menteri Wilayah Persekutuan di laporkan berkata bahawa pembinaan Jambatan Labuan – Sabah boleh menjadi game-changer yang memberi impak positif kepada ekonomi Labuan. Tetapi, beliau menyatakan cadangan pembinaan jambatan tersebut memerlukan kajian teknikal secara komprehensif.

22.      Malangnya, cadangan pembinaan jambatan ini telah timbul-tenggelam sekian lama. Pada November 2017, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia di laporkan berkata bahawa Kerajaan Malaysia telah memperuntukan sejumlah RM 14.21 juta di bawah Belanjawan 2018 bagi tujuan kajian kebolehlaksanaan pembinaan Jambatan Labuan – Menumbok (Sabah), yang menghubungkan Labuan dengan tanah besar Sabah.

Sumber: Sinar Harian, 7 Jun 2020
(Gambar illustrasi Jambatan Labuan – Sabah)

23.      Malah, pada April 2021, Kementerian Wilayah Persekutuan telah pun mengeluarkan jemputan Request For Proposal (RFP) untuk pembinaan Jambatan Labuan – Sabah.

24.      Namun begitu, jambatan tersebut masih belum di bina, walaupun telah di cadangkan sejak 1990-an di bawah Pelan Pembangunan Labuan (1997 – 2015). Malah cadangan pembinaan jambatan ini di lihat akan terus terpinggir susulan kenyataan Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini.

25.      Ketika sesi lawatan ke Labuan pada awal Disember 2023, Perdana Menteri Malaysia di laporkan berkata bahawa pembinaan jambatan tersebut, yang di anggarkan akan menelan kos lebih RM 6 billion, bukanlah keutamaan ketika ini. Beliau menegaskan Kerajaan Malaysia akan lebih mengutamakan penyelesaian isu infrastruktur asas rakyat Labuan.

26.      Kegagalan Kerajaan Malaysia untuk membangunkan Labuan dan menyelesaikan isu-isu berbangkit telah menimbulkan kekecewaan rakyat serta pemimpin Labuan dan Sabah. Sehinggakan ada pemimpin Sabah yang menggesa agar Labuan di pulangkan kepada Sabah, sekiranya Kerajaan Malaysia terus gagal untuk membangunkan Labuan.

27.      Baru-baru ini, semasa Persidangan Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Tuaran telah di laporkan mempersoal samada berbaloi untuk Labuan kekal sebagai sebuah Wilayah Persekutuan di bawah Kerajaan Malaysia. Pada masa yang sama, seorang bekas Ketua Menteri Sabah telah di laporkan turut menyuarakan sentimen yang sama.

28.      Namun begitu, suara serta sentimen sebegini tidak wajar di ketengahkan, dengan menghormati prinsip kerjasama dan perpaduan nasional. Memang Labuan menghadapi beberapa isu yang masih belum dapat di selesaikan. Tetapi isu-isu berkenaan bukanlah eksklusif kepada Labuan sahaja. Ianya turut berlaku di banyak tempat di seluruh negara. Tambahan lagi, pembangunan sebuah pulau ada cabaran tersendiri, berbanding pembangunan di tanah besar.

Seyogia, tugas pemimpin ialah mencari penyelesaian, bukannya menambah masalah dan keresahan.

29.      Kerajaan Malaysia mesti mendengar serta ambil peduli keluhan berkenaan agar Labuan dapat di bangunkan dengan lebih pesat, selari dengan agenda pembangunan negara. Rakyat Labuan berhak menikmati kesejahteraan hidup yang lebih selesa, serta memiliki pekerjaan dengan pendapatan bermaruah.

30.      Labuan menunggu untuk di gilap agar benar-benar menepati gelaran Mutiara Borneo.

RELATED ARTICLES
Pendapat

Masalah generasi muda perlu pendekatan menyeluruh, merentasi seluruh agensi Kerajaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya