HomeIsu tempatanPelajar Teknologi Elektrik KV Keningau menang dana laksana Bengkel Kemahiran

Pelajar Teknologi Elektrik KV Keningau menang dana laksana Bengkel Kemahiran

Read Time:1 Minute, 6 Second

KENINGAU: Sekumpulan pelajar daripada program Teknologi Elektrik Kolej Vokasional Keningau telah dipilih sebagai pemenang dana projek komuniti “Amal Fund” bagi idea mereka iaitu Bengkel Kemahiran Penyelenggaraan Soket Dan Peralatan Elektrik.

Mereka dimaklumkan secara peribadi oleh pengasas Amal Fund itu sendiri iaitu Nurul Amalina Che Ariffin, seorang rakyat Malaysia yang kini bertugas di Amerika Syarikat, pada 18 Mac 2024.

Kumpulan itu menerima dana berjumlah RM500 untuk melaksanakan bengkel tersebut.

Pasukan ini terdiri daripada lapan pelajar iaitu Alleyson Voo, Claijster Christian, Glenn Nichles, Vincent Frankie, Nadiirah Naquyyah, Nur Effanddy Ramadhan, Evangelson Glorius dan Danniel Imannuel.

Mereka menamakan projek mereka “Be Your Own Handyperson” yang merupakan satu bengkel yang melatih pelajar kolej tentang cara-cara memeriksa dan membaiki soket dan peralatan elektrik seperti lampu dan kipas secara selamat dan betul.

Mereka mensasarkan pelajar kolej yang menyewa tempat tinggal sendiri kerana golongan ini lebih memerlukan kemahiran asas penyelenggaraan.

Alleyson Voo, selaku ketua pasukan tersebut berkata, dia bersyukur kerana projek mereka telah dipilih sebagai penerima dana tersebut memandangkan ini adalah satu platform yang praktikal untuk membantu komuniti.

Sementara itu, Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Nordin Akup turut berbangga dan mengucapkan tahniah kepada pasukan ini atas inisiatif tersebut yang membolehkan mereka mengamalkan apa yang mereka telah pelajari di kolej itu.

Sehubungan dengan itu, beliau berharap agar lebih ramai pelajar menggunakan kemahiran mereka untuk membantu komuniti secara sukarela.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

111 warga PKK santuni penduduk Kg Lokub Kiulu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular