HomeIsu tempatanSESB anggar kerugian lebih RM40 juta akibat kebakaran gudang penyimpanan kabel elektrik

SESB anggar kerugian lebih RM40 juta akibat kebakaran gudang penyimpanan kabel elektrik

Read Time:1 Minute, 13 Second

Tamparuli : Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menganggarkan kerugian lebih RM40 juta akibat kebakaran yang berlaku di gudang penyimpanan kabel elektrik milik syarikat utiliti itu di Batu 7 Jalan Tuaran di sini petang tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif SESB Ir Ts Mohd Yaakob Jaafar berkata, kebakaran yang berlaku melibatkan kabel bawah tanah dan punca kejadian masih belum dikenal pasti.

“Anggaran awal yang kita rasakan dan jangkakan adalah melibatkan lebih daripada 500 kabel bawah tanah dan anggaran kerugian setakat ini kita kira adalah lebih RM40 juta.

“Manakala punca kita masih belum kenal pasti, namun dari jangkaan awal adalah disebabkan oleh cuaca yang panas, ini kerana drum kabel itu adalah dari kayu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Seikhlas Budi Sesuci Ramadan SESB di Masjid Ubudiyyah Pekan Tamparuli di sini hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Jahid Jahim dan Pengerusi SESB Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Terdahulu, gudang penyimpanan kabel elektrik milik SESB dilaporkan terbakar kira-kira jam 12.50 tengah hari tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.56 tengah hari.

“Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dengan bantuan BBP Kota Kinabalu dan Penampang dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak sejauh enam kilometer.

“Kebakaran melibatkan longgokan kabel elektrik milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) seluas 0.4 hektar sedang terbakar,” katanya dalam kenyataan pada Khamis. – SABAH MEDIA / FOTO SESB

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

111 warga PKK santuni penduduk Kg Lokub Kiulu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular