HomeUtamaAkmal selesai diambil keterangan

Akmal selesai diambil keterangan

Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh selesai memberikan kenyataan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, hari ini.

Beliau yang dipanggil pihak polis sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pagi ini selesai memberikan kenyataan ekoran laporan polis yang dibuat ke atasnya.

Menurut Akmal yang ditemui pemberita sejurus selesai memberikan kenyataan berkata beliau telah memberikan kerjasama sebaik mungkin dan menurutnya di peringkat awal beliau dipanggil untuk memberikan kenyataan pada esok (6 april 2024) kerana mempunyai jadual program di Sabah namun apabila dirinya sampai di Sabah tadi beliau menerima satu panggilan dimana beliau perlu diambil keterangan di sini.

“Saya tidak ada masalah untuk diambil kenyataan dan sejurus keluar dari imigresen saya terus diambil dan dibawa terus ke IPD.

“Alhamdulillah kenyataan telah diambil, dan ada laporan di bawah akta hasutan berikutan ceramah saya di Kelantan dan saya menyerahkan segalanya kepada siasatan polis,” katanya.

Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 berhubung isu stoking tertera kalimah ALLAH.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, PDRM menerima dua laporan berkaitan ucapan dan tindakan Dr Akmal berhubung isu tersebut.

Beliau berkata, kes melibatkan stoking tersebut yang dijual di kedai serbaneka KK Mart disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Siasatan dijalankan ke atas beliau dan kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara setelah kesemua tindakan melengkapkan siasatan diambil.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membangkitkan isu berkaitan stoking tertera kalimah ALLAH memandangkan mereka yang terlibat telah pun dituduh dan proses keadilan akan ditentukan oleh mahkamah,” katanya dalam satu kenyatan pada Jumaat.

RELATED ARTICLES
Utama

Orang ramai dipelawa meriahkan pelancaran Pesta Kaamatan 2024 esok

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya