HomeUtamaMalaysia: We Are Our Worst Enemy

Malaysia: We Are Our Worst Enemy

Read Time:8 Minute, 22 Second

1.        Tidak lama dahulu, Perdana Menteri Malaysia mengumumkan Malaysia telah berjaya menarik serta meluluskan pelaburan berjumlah RM 329.5 billion untuk tahun 2023. Ini merupakan jumlah pelaburan tertinggi dalam sejarah negara.

2.        Jumlah pelaburan tersebut terbahagi kepada: pelaburan asing (RM 188.5 billion: 57.2%), dan pelaburan domestik (RM 141 billion: 42.8%). Secara keseluruhan, ianya melibatkan 5,101 projek, yang di jangka akan menyediakan 127,000 peluang pekerjaan.

3.        Kejayaan ini bertetapan memandangkan pelaburan asing/ Foreign Direct Investment (FDI)ke Malaysia telah menunjukkan trend menurun untuk satu tempoh yang agak lama, dari tahun 2016 hingga 2020: RM 47 billion (2016), RM 40.4 billion (2017), RM 30.7 billion (2018), RM 31.7 billion (2019), RM 13.3 billion (2020), RM 50.4 billion (2021), RM 74.6 billion (2022).

4.        Secara kumulatif, antara tahun 2010 hingga 2023, Malaysia telah menerima pelaburan asing (FDI) berjumlah RM 1,067.6 billion. Ini bermakna, jumlah pelaburan asing untuk tahun 2023 (RM 188.5 billion) telah mencecah hampir 18% daripada jumlah kumulatif tersebut. Amat menakjubkan!

                                                                                         Sumber: The Star, 16 Jun 2023

5.        Namun begitu, tidak lama selepas berita pelaburan tersebut di umumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, syarikat pengeluar tayar terkemuka dunia Goodyear telah mengumumkan penutupan kilangnya bermula Jun 2024, setelah beroperasi sejak 1972. Penutupan kilang syarikat multinasional itu akan menyebabkan kehilangan kira-kira 550 pekerjaan. Keputusan berkenaan merupakan sebahagian daripada pelan transformasi untuk memastikan syarikat terus kekal sebagai peneraju industri.

6.        Berita tersebut telah mengejutkan banyak pihak memandangkan syarikat Goodyear telah beroperasi di negara ini sejak 1929. Malah, berita tersebut telah mendapat perhatian bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Malaysia, Tan Sri Rafidah Aziz. Antara lain, beliau menggesa Kerajaan Malaysia untuk meneliti fakta penuh mengenai jumlah, punca serta lokasi baru syarikat yang telah menutup operasi di Malaysia.

Namun begitu, sehingga kini tiada data terkini di maklumkan oleh Kerajaan Malaysia.

7.        Fakta menarik: Tan Sri Rafidah Aziz merupakan Menteri MITI yang paling lama berkhidmat dalam sejarah negara, iaitu dari tahun 1987 hingga 2008 (21 tahun). Beliau yang di kenali sebagai ‘Iron Lady’ merupakan Menteri Perdagangan yang di segani di seluruh dunia sebagai pakar perdagangan dan industri.

8.        Penutupan operasi syarikat bukanlah sesuatu yang baru, dan sering berlaku dari masa ke semasa. Keputusan menutup operasi boleh di sebabkan oleh pelbagai faktor dalaman/ internal syarikat, dan juga faktor luaran/ external syarikat. Ini termasuklah: peningkatan kos operasi, pengstrukturan syarikat, kemerosotan ekonomi global dan persaingan pasaran.

9.        Pada Mac 2023, semasa Persidangan Dewan Rakyat, Timbalan Menteri MITI Malaysia di laporkan berkata bahawa di antara tahun 2018 dan Julai 2022, sebanyak 93 syarikat pembuatan telah menamatkan operasi di Malaysia, dan menyebabkan kehilangan 17,648 pekerjaan.

10.      Sebagai contoh. Dalam tempoh 5 tahun, tiga pengilang rokok global telah menutup operasi kilang di Malaysia: Phillip Morris International (2012), British American Tobacco Malaysia (2016), JT International (2017). Ini bukan sahaja telah menyebabkan ramai kehilangan pekerjaan, malah negara telah kehilangan pelaburan dan kemerosotan ekosistem sokongan industri tersebut.

11.      Sebab utama penutupan kilang berkenaan adalah kerana saingan pasaran rokok haram yang berleluasa di Malaysia. Menurut laporan Kajian Rokok Seludup (ICS) yang di terbitkan pada Mei 2023 oleh Gabungan Pengilang Tembakau Malaysia (CMTM), rokok haram menguasai 55.3% daripada pasaran rokok Malaysia. Pada masa yang sama, CMTM menganggarkan Kerajaan Malaysia kehilangan hasil cukai kira-kira RM 5 billion setahun.

12.      Sejak beberapa tahun kebelakangan, Malaysia seolah-olah telah kehilangan sinar dan daya-saing sebagai sebuah destinasi pelaburan yang menarik. Di era kepesatan industrialisasi negara pada tahun 80an dan 90an, Malaysia merupakan destinasi pelaburan pilihan unggul di rantau ASEAN. Antara daya tarikan utama negara adalah: kestabilan politik, kos pelaburan yang rendah serta dasar mesra pelabur.

13.      Laporan United Nations Conference on Trade & Development (UNCTAD) menunjukkan bahawa, pada tahun 2019, Malaysia mendapat 5% sahaja daripada jumlah pelaburan Foreign Direct Investment (FDI) yang di terima oleh rantau ASEAN. Majoriti pelaburan FDI berkenaan (lebih 80%) di monopoli oleh tiga negara, iaitu – Singapura, Indonesia dan Vietnam.

14.      Di samping itu, ASEAN Investment Report 2022 turut menunjukkan bahawa berbanding dengan jumlah keseluruhan pelaburan FDI yang di terima oleh ASEAN (2021: US$ 174 billion) dan (2020: US$ 127.3 billion), jumlah yang di terima oleh Malaysia kekal rendah:

  • 2021: US$ 11.6 billion: 6.7%
  • 2020: US$ 3.2 billion: 2.5%

Singapura, Indonesia dan Vietnam terus menduduki 3 tangga teratas, dengan memperolehi majoriti pelaburan FDI tersebut.

15.      Situasi berkenaan agak menghairankan kerana laporan World Competitiveness Ranking 2023, yang di terbitkan oleh International Institute for Management Development (IMD), telah meletakkan Malaysia di tempat kedua di kalangan negara ASEAN: Singapura (4), Malaysia (27) Thailand (30), Indonesia (34) dan Filipina (52).

16.      Hakikatnya, Malaysia bukan lagi destinasi yang menawarkan kos pelaburan yang rendah. Malaysia sudah tidak dapat dan tidak sepatutnya bersaing dengan negara-negara ASEAN seperti Indonesia dan Vietnam, yang masih menawarkan kos pelaburan yang rendah. Di samping itu juga, Malaysia juga tidak wajar lagi bergantung kepada pelaburan nilai rendah/ low-value investment.

17.      Selaras dengan agenda Malaysia untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi, Malaysia sewajarnya menumpukan usaha bersaing dengan Singapura untuk mendapatkan pelaburan nilai tinggi/ high-value investment. Ini termasuklah pelaburan di dalam industri berteknologi tinggi, seperti – artificial intelligence (AI), robotics, Internet of Things (IOT).

18.      Oleh yang demikian, Kerajaan Malaysia perlu meneliti dasar pelaburan yang boleh menempatkan Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk pelaburan nilai tinggi. Ini termasuklah: birokasi kerajaan, insentif pelaburan, pembangunan modal insan berkemahiran tinggi.

19.      Pada masa yang sama, kestabilan politik negara mesti di utamakan, mengatasi lain-lain perkara. Jika negara ‘huru-hara’, sudah pasti pelabur akan menjauhkan diri serta tidak berminat untuk melabur, walaupun pelbagai tawaran lumayan mahupun insentif pelaburan di sediakan oleh Kerajaan Malaysia. Kestabilan politik memberi jaminan dan peace of mind kepada pelabur bahawa pelaburan besar mereka selamat, dan mereka boleh menjalankan urusan dengan tenang.  

20.      Secara am-nya, kestabilan politik memerlukan sebuah kerajaan yang memiliki kekuatan kuasa politik serta kepimpinan yang tegas dan berani bertindak untuk kebaikan rakyat. Dalam tempoh 6 tahun kebelakang (2018 – 2024), negara melalui pergolakan politik yang telah menyaksikan perubahan kerajaan memerintah dan Perdana Menteri sebanyak 5 kali. Malah, sehingga kini masih ada ura-ura bahawa kerajaan memerintah dan Perdana Menteri akan bertukar lagi. Khabar sebegini, walaupun tiada asas yang kukuh, boleh menghindar kemasukan pelaburan ke dalam negara.  

21.      Kekerapan perubahan kerajaan memerintah dan Perdana Menteri telah dan akan memberi mesej negatif kepada para pelabur. Apabila berlaku perubahan kepimpinan negara, pelabur bimbang dasar kerajaan akan turut berubah yang boleh menjejaskan pelaburan dan operasi mereka. Pelabur melabur jumlah yang besar untuk jangka masa panjang. Justeru itu, para pelabur mengkehendaki pelaksanaan dasar serta polisi kerajaan yang konsisten.   

22.      Tambahan lagi, kestabilan politik juga melibatkan aspek ketenteraman dan keselamatan awam, yang merangkumi isu 3R (Race, Religion, Royalty). Isu 3R, terutamanya race dan religion, senantiasa mendapat perhatian ramai serta menimbulkan reaksi hangat, yang akhirnya menyebabkan ketegangan kaum, agama dan politik. Malangnya, isu 3R ini seringkali di perkudakan oleh pemimpin politik yang tidak bertanggungjawab, semata-mata untuk meraih sokongan politik dan mendapatkan kuasa politik. 

23.      Baru-baru ini, negara kecoh dengan isu stoking yang tertera kalimah Allah, yang di jual di kedai KK Mart. Ini telah menimbulkan kemarahan tinggi rakyat Malaysia beragama Islam. Semasa kekecohan isu tersebut, Ketua Pemuda UMNO Malaysia telah tampil menuntut permohonan maaf dari KK Mart dan menggesa rakyat Malaysia memboikot KK Mart. Keberanian beliau mempertahankan agama Islam seharusnya di hormati oleh semua pihak. Namun begitu, kelantangan beliau telah menyemarakkan lagi ketegangan yang wujud, serta memburukkan situasi ketenteraman dalam negara.

24.      Semua rakyat Malaysia wajar menghayati titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, ketika melancarkan buku penulisan Tan Sri Rafidah Aziz berjudul ‘Rapid Fire Rafidah – Being Malaysian First’, pada Disember 2022. Baginda bertitah bahawa Malaysia tidak akan di musnahkan melalui peperangan, tetapi boleh di musnahkan oleh ‘common enemies’ atau musuh bersama yang mengandungi faktor-faktor berikut:

  • Tetapan minda yang negatif dan toksik
  • Sikap destruktif
  • Nilai sesat yang merupakan antitesis kepada nilai yang di terima secara universal
  • Kepercayaan yang tidak lagi relevan pada era semasa
  • Amalan yang tidak boleh di terima oleh sesiapapun
  • Sikap tamak yang menghakis nilai murni lantas mendorong kepada amalan rasuah dan salah guna kuasa
  • Prasangka tanpa asas

25.      Baginda turut menitahkan agar generasi muda, terutama yang memilih berkecimpung dalam dunia politik, untuk menjadikan buku tersebut sebagai bahan rujukan dan kompas panduan.

26.      Justeru itu, Ketua Pemuda UMNO Malaysia wajar menerima saranan ini, dan membaca buku itu yang di tulis oleh seorang pemimpin yang berpengalaman luas di peringkat nasional dan global. Penghayatan buku tersebut boleh membina potensi beliau untuk menjadi pemimpin yang matang dan berwibawa, serta di hormati oleh seluruh rakyat Malaysia, samada kawan mahupun lawan.  

27.      We are our worst enemy!

RELATED ARTICLES
Utama

22 rumah musnah dalam kebakaran di Batu 3 Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya