HomeUtamaFoto lambaian terakhir 503 Skuadron jadi tumpuan rakyat titipkan ucapan takziah

Foto lambaian terakhir 503 Skuadron jadi tumpuan rakyat titipkan ucapan takziah

Read Time:1 Minute, 28 Second

CYBERJAYA — “ Lambaian penuh makna daripada sebahagian kru yang tinggal, selepas ini mereka mungkin boleh balik awal selalu? Entah, min ( admin) masih mampu bersangka baik “

Itu antara petikan kata-kata dari pentadbir laman facebook 503 Skuadron di dalam salah satu gambar lambaian terakhir skuadron itu  yang berlepas dari Kota Kinabalu untuk menyertai Lintas Hormat di KD PELANDOK sempena perbarisan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 pada 27 April 2024  19 april lalu.

Lambaian lima Kru Udara Skuadron 503 kepada rakan setugas mereka yang menaiki dua Helikopter Operasi Maritim (HOM) AW139 ketika berlepas dari pangkalan di Kota Kinabalu ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TLDM) Lumut Perak pada 19 April lalu, menjadi kenangan terakhir apabila sebuah daripada pesawat itu terhempas hari ini.

Pasukan itu diketuai Pegawai Memerintah Skuadron 503, Komander Muhammad Firdaus Ramli, yang turut bertindak sebagai juruterbang sebuah daripada helikopter pasukan itu.

Meninjau di ruangan komen pula, ramai rakyat Malaysia turut berdukacita dan menitipkan ucapan takziah di atas insiden yang berlaku hari ini.

Dalam nahas pagi ini, seramai 10 mangsa terdiri daripada tujuh kru dan tiga penumpang maut, dalam nahas membabitkan pertembungan dua helikopter yang terbabit dalam latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 pagi ini.

Dua helikopter yang terdiri model HOM dan Fennec itu berlepas dari Padang Sitiawan pada jam 9.03 pagi.

Berdasarkan video yang tersebar, kedua-duanya dipercayai bertembung ketika hendak membentuk formasi penerbangan raptai lintas hormat yang dirancang berlangsung di ruang udara Pangkalan TLDM Lumut.

Susulan pertembungan berlaku, kedua-dua pesawat terbabit hilang kawalan sebelum terhempas.

Pesawat HOM terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut, manakala pesawat Fennec terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.

Tiada yang terselamat dalam nahas itu, namun setakat ini TLDM belum mengeluarkan senarai nama mangsa yang terkorban secara rasmi.

RELATED ARTICLES
Utama

Jual paku simen 20 sen sebatang, peniaga warga asing terima notis...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular