HomeUtamaKilang simen RM1.2 bilion pemangkin pertumbuhan ekonomi

Kilang simen RM1.2 bilion pemangkin pertumbuhan ekonomi

Read Time:1 Minute, 17 Second

Tongod: Pembinaan kilang klinker dan simen bersepadu yang terletak di Kampung Kawayoi Pinangah, di sini dilihat akan membantu meningkatkan sosioekonomi masyarakat setempat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kilang baharu terbesar di Sabah itu akan dapat membekalkan simen kepada Kilang Simen Industri Sabah Sdn Bhd (CIS) setelah beroperasi kelak.

“Saya percaya kilang baharu ini bukan sahaja dapat meningkatkan pengeluaran simen, tetapi Sabah juga turut boleh mengeksport simen.

“Ia juga adalah salah satu inisiatif kerajaan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi Sabah dan menarik pelabur ke negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pecah tanah kilang klinker dan simen bersepadu di Kampung Penangah di sini, hari ini.

Sementara itu, Hajiji berkata, beliau mendapat inspirasi untuk membina kilang simen di Penangah memandangkan ketersediaan sumber yang diperlukan untuk menghasilkan simen di kawasan berkenaan.

 “Seiring dengan pembinaan kilang simen itu, infrastruktur lain juga akan disediakan seperti jalan menuju ke tapak, loji rawatan air, elektrik dan telekomunikasi.

“Ia secara tidak langsung memberi manfaat kepada masyarakat di kawasan luar bandar, khususnya penduduk di Tongod,” katanya

Katanya, projek itu juga akan menyediakan lebih 1,000 peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat dan ini sememangnya pemangkin pertumbuhan ekonomi.

“Ia menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk membasmi miskin tegar di negeri ini dan melalui keazaman serta usaha kerajaan negeri, berjaya mengurangkan kadar kemiskinan tegar sebanyak 40 peratus,” katanya.

Pada majlis sama, Hajiji turut menyampaikan 83 geran tanah, dengan jumlah keluasan 461.1 (186.06 hektar) kepada penerima dari Kampung Kuamut (27), Kampung Penangah (21), Kampung Entilibon (25) dan Kampung Mananam (10). – SABAH MEDIA / FOTO JKM

RELATED ARTICLES
Utama

Potensi limau bali di Sabah perlu terus diterokai petani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular