HomeIsu tempatanLebih 2,000 pengunjung imarahkan Konvensyen Al-Quran

Lebih 2,000 pengunjung imarahkan Konvensyen Al-Quran

Read Time:55 Second

Putatan: Lebih 2,000 pengunjung hadir mengimarahkan Konvensyen Al-Quran sempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Sabah (MTHQNS) 1445H/2024M.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, program itu diadakan bertujuan untuk menyemarakkan rasa cinta kepada Al-Quran menerusi MTHQNS yang merupakan acara tahunan kerajaan negeri.

“Hari ini kita bawakan Imam Muda Muhammad Asyraf Mohd Ridzwan yang mengupas tajuk ‘Mukjizat Al-Quran’.

“Kita akan teruskan konvensyen ini setiap tahun disamping menganjurkan program kefahaman tentang Al-Quran dan Islam atau Ummat MADANI secara berkala,” katanya ketika ditemui media di Dewan Sri Putatan, di sini semalam.

Katanya, program seumpama akan turut diadakan secara khusus kepada golongan muda dengan kolaborasi bersama Kementerian Belia dan Sukan serta agensi-agensi yang berkaitan yang mana program pengukuhan Al-Quran diterapkan dalam program tersebut.

Hadir sama, Mufti Kerajaan Negeri Datuk Bungsu @Aziz Jaafar,  Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Malai Ali Malai Ahmad, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah, Jumain Abdul Ghani dan Pegawai Daerah Putatan Masawi Salleh.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

IMAGO taja lokasi pertandingan Unduk Ngadau Bandaraya Kota Kinabalu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular