HomeIsu tempatanMaritim Malaysia tahan dua bot lakukan kesalahan dibawah Akta Perikanan 1985

Maritim Malaysia tahan dua bot lakukan kesalahan dibawah Akta Perikanan 1985

Read Time:1 Minute, 25 Second

Lahad Datu: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan dua buah bot atas pelbagai kesalahan di kawasan sekitar 0.49 batu nautika Timur Kampung Pengkalan, Kunak dan 0.20  batu nautika Selatan Pulau Timbun Mata semalam.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Ts. Dr. Suzanna Razali Chan berkata,dalam operasi yang dijalankan pihaknya berjaya menahan dan memeriksa bot-bot tersebut sekitar jam 10.15 dan 11.15 pagi.

“Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua bot berkenaan telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985, (melanggar syarat sah lesen) dan Seksyen 26 (menangkap ikan menggunakan bahan letupan, racun dan sebagainya).

“Salah satu kru bot yang melakukan kesalahan bom ikan bertindak terjun ke laut dan melarikan diri ke daratan berhampiran setelah melihat kehadiran bot peronda Maritim Malaysia.

“Bagi kesalahan langgar syarat sah lesen Zon Maritim Lahad Datu telah menahan tiga lelaki tempatan berusia antara 33 hingga 41 tahun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Suzanna berkata, antara kesalahan yang direkodkan termasuklah melakukan aktiviti menangkap ikan pada jarak kurang 0.49 batu nautika serta menangkap ikan menggunakan bahan letupan.

Katanya, turut dirampas adalah bot pam serta sebuah enjin bot, segulung hose kompressor, dan satu botol bom ikan dengan keseluruhan nilai rampasan lebih RM5,000.

“Manakala awak-awak telah ditahan dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.

“Zon Maritim Lahad Datu akan terus meningkatkan rondaan dan penguatkuasaan dari semasa ke  semasa  bagi mengekang sebarang perlanggaran undang-undang dan perlakuan jenayah di perairan Lahad Datu,” katanya.

Menurutnya lagi, orang ramai khususnya komuniti maritim diminta untuk bekerjasama menyalurkan maklumat ataupun aduan ke Zon Maritim Lahad Datu yang beroperasi 24 jam di talian 089- 885727 atau MERS 999. – SABAH MEDIA / FOTO MARITIM MALAYSIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

IMAGO taja lokasi pertandingan Unduk Ngadau Bandaraya Kota Kinabalu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular