HomeIsu tempatanNGO Muslim Sabah disaran selaras aktiviti, elak pertindihan

NGO Muslim Sabah disaran selaras aktiviti, elak pertindihan

Read Time:1 Minute, 29 Second

Kota Kinabalu :  Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muslim di Sabah disaran untuk menyelaraskan semua perancangan aktiviti bagi mengelakkan pertindihan.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Jumain Abdul Ghani berkata, terdapat banyak NGO Muslim yang hebat di negeri ini yang menjalankan pelbagai program kebajikan.

“Kita tahu di Sabah terdapat NGO yang mempunyai sumber kewangan yang kukuh untuk menjalankan program  kemanusiaan, keagamaan, kemasyarakatan dan sebagainya tetapi adalah lebih baik sekiranya NGO berjalan dengan aktiviti yang dirancang bersama NGO lain supaya tiada pertindihan atau pembaziran.

“Alhamdulillah, terdapat kebersamaaan 15 NGO yang bernaung dibawah Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim SeMalaysia (KDMRS).

“Namun, ada beberapa NGO yang masih bersendirian dan kita mengharapkan mereka berdiri dalam satu wadah sama ada diketuai oleh NGO yang lebih berpengalaman atau NGO lain yang boleh menyelaraskan program NGO kecil,” katanya ketika ditemui di Majlis Hari Raya Aidilfitri NGO-NGO Islam di Sabah, di sini.

Pada majlis yang dianjurkan 10 NGO Muslim itu, turut dilancarkan Kempen Kenalkan Al-Quran dan Tabung Sumbangan Kepada Gaza (MyCare) yang disempurnakan oleh Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Bungsu@ Aziz Jaafar.

Jumain juga memaklumkan pihak JHEAINS akan mengambil inisiatif menghimpunkan NGO agar gerak kerja dapat diatur bersama khususnya program dakwah dan aktiviti selaras di peringkat negeri terutamanya dari aspek bantuan kerajaan.

“JHEAINS boleh menjadi perantara kepada kerajaan negeri menyalurkan bantuan kepada NGO khususnya yang berteraskan penganjuran aktiviti-aktiviti berupa dakwah.

“Saranan kepada NGO Muslim teruskan aktiviti-aktiviti yang dirancang, walau bagaimanapun perlu ada satu mesyuarat penyelarasan atau jawatankuasa agar program dirancang tidak bertindih antara satu sama yg lain,” katanya.

Turut hadir, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif KDMRS Muslim, Nicholas Sylvester, Pengerusi GDM Sabah, Datuk Dr. Minggu Jumaan dan Pengerusi MACMA Sabah, Ritchie Joy Cheng.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

PKK Biz @ Akademia catat lebih RM20,000 nilai jualan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular