HomeIsu tempatanRM23,000 wang tunai menanti pemenang CLAS -15 RTM Sabah Sabtu ini

RM23,000 wang tunai menanti pemenang CLAS -15 RTM Sabah Sabtu ini

Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA KINABALU : Sejumlah RM23,000 wang tunai menanti 10 orang peserta akhir pemenang ‘Anugerah Juara Carta Lagu Artis Sabah (CLAS-15) musim ke-15 dijangka berlangsung di Dewan Resital, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Sabtu ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Sabah Cyril Simon berkata, antara 10 lagu dipertandingkan di peringkat akhir antaranya, Menanti Akhirnya Malam penyanyi Cearah, Sumpah Setia Santiana Ramli, Sakitku Bahagiamu Fadh Lee, Teguh Qalisya.

Katanya, selain itu, Kisah Kita penyanyi Ires, Cinta Tak Sempurna Rocasia, Kerlingan Rindu Syarweena, Penjaga Jodoh Apiz Paschya, Mungkin ini Bukan Sayang Velvet dan Rasa Hati Verryca B.

“Antara matlamat pertandingan ini ialah menggalakkan penciptaan lagu dalam bahasa melayu khususnya dalam kalangan komposer lagu di Sabah sekali gus dinyanyikan oleh artis tempatan Sabah.

“Selain memberi galakan kepada komposer Sabah untuk menghasilkan lagu melayu yang berkualiti tinggi sekali gus berjaya menembusi pasaran di luar negeri Sabah,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Cyril berkata, penampilan istimewa sempena CLAS-15 adalah Orkestra RTM yang akan mengiringi sepenuhnya persembahan malam tersebut bertemakan kongsep ‘Majestic Batik’.

“Mengimbas kembali pemilihan merebut gelaran Juara Lagu yang disiarkan pada setiap minggu 10 lagu ciptaan komposer tempatan.

“Kesemua artis akan berentap dalam carta mingguan disiarkan setiap Sabtu pukul 2 petang hingga 3 petang selama 52 minggu melalui siaran Sabah FM,” jelas Cyril.

Menurutnya, sepanjang musim ke 15 ini, sebanyak 46 lagu dicalonkan dalam carta dan diundi melalui kaedah undian google form boleh diperoleh menerusi Fan Page Facebook Carta Lagu Artis Sabah (CLAS).

“Hadiah Juara Lagu wang tunai berjumlah RM5,000 manakala pemenang Vokal Terbaik RM3,000 dan LirikTerbaik RM3,000 beserta sijil dan hadiah iringan.

“Persembahan terbaik bakal memenangi wang tunai berjumlah RM3,000 beserta piala dan hadiah lain disumbangkan disumbangkan Jetama Sdn Bhd,” kata Cyril.

Dalam perkembangan sama, beliau menambah sembilan hadiah saguhati berjumlah RM1,000 beserta piala serta sijil penyertaan dan hadiah iringan lain disumbangkan Sabah Oil Gas & Development Sdn Bhd.

Hadir sama, Penolong Pengarah Hiburan dan Muzik, Howard Martin Kim Sung dan Penerbit Anugerah Juara Carta Lagu Artis Sabah musim ke-15, Dayang Marni Awang Matusin.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Kursus Pertanian Fertigasi perkenal sistem penanaman moden, tingkat pendapatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular