HomeIsu tempatan550 Pelajar POLYCC sertai FGD

550 Pelajar POLYCC sertai FGD

Read Time:1 Minute, 3 Second

Kota Kinabalu : Seramai 550 pelajar terdiri daripada pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Sabah menyertai Program Focus Group Dialogue 2023 (FGD).

Program yang diadakan di Politeknik Kota Kinabalu (PKK) bertemakan ‘Memanfaatkan Kecemerlangan Ekosistem TVET Untuk Memacu Transformasi Teknologi dalam Pertanian, Pembuatan dan Pelancongan’ itu memberi tumpuan kepada sesi dialog bersama pihak industri di sekitar Kota Kinabalu.

PKK dalam satu kenyataan berkata, ia adalah selaras dengan tiga sektor utama fokus pertumbuhan ekonomi Sabah Maju Jaya (SMJ) iaitu pertanian, pembuatan dan pelancongan.

“Program ini juga memberikan impak keuntungan jangka panjang kepada industri dan POLYCC terutamanya dalam membangunkan sumber tenaga kerja separa mahir, berpengetahuan dan kompetitif dalam pasaran kerja,” menurut kenyataan itu di sini.

Timbalan Pengarah Akademik PKK, Abdul Razak Mohd Daim berkata, program interaktif ini secara tidak langsung dapat memberi bayangan yang jelas mengenai cabaran industri yang bakal mereka  terokai dalam memantapkan pengetahuan diri mereka.

Terdahulu, ucaptama disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Ag Buhtamam Mahmun dan Ketua Eksekutif SEDIA, Datuk Seri Hashim Paijan. 

Manakala panel adalah Ketua Perlesenan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, (MOTAC) Sabah, Wasinin Duari, Head (Group People) Sabah Ports Authority (SPA), Patsy Patricia Tiasing, Penolong Pengurus Jabatan Asia Aquaculture, Sardi Samsudin, Pengarah Urusan Gigahertz Technology dan Pengurus Pengeluaran Hume Concrete, Fernandez Au. – SABAH MEDIA / FOTO PKK

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Kursus Pertanian Fertigasi perkenal sistem penanaman moden, tingkat pendapatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular