HomeUtamaKerajaan Semak Semula Arahan MKN No 20 Untuk Mantapkan Mekanisme Pengurusan Bencana...

Kerajaan Semak Semula Arahan MKN No 20 Untuk Mantapkan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara

Read Time:1 Minute, 50 Second

KUALA LUMPUR – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sedang di peringkat akhir proses semakan semula Arahan MKN No. 20: Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara agar selari dengan keperluan dan evolusi pengurusan bencana yang semakin kompleks ujar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ujarnya beliau telah mendapatkan persetujuan Jemaah Menteri bagi semakan semula dasar itu, yang sekali gus dapat memastikan ancaman bencana negara berada pada tahap minimum.

 “Pindaan Arahan MKN No. 20 dijangka memantapkan lagi pengurusan, lebih-lebih lagi ia merupakan dokumen rujukan utama dalam koordinasi dan mekanisme pengurusan bencana negara,” katanya.

Sementara itu, Menurut Ahmad Zahid lagi Jemaah Menteri melalui mesyuarat pada 22 Mac 2024 telah bersetuju secara prinsinya supaya SMART NADMA diberikan pengiktirafan sebagai Pasukan Khas Urban Search and Rescue (USAR) dan satu skim perhidmatan khusus diwujudkan bagi menyelaras semula pemberian elaun dan kemudahan yang akan diterima oleh anggota SMART NADMA.

 lanya merupakan satu langkah Kerajaan dalam menjaga kebajikan pasukan mencari dan menyelamat khas negara yang telah bertungkus lumus berbakti menyelamatkan nyawa mangsa bencana dan mengharumkan nama negara.

Beliau berkata demikian pada Majlis Apresiasi Petugas Barisan Hadapan Monsun Timur Laut 2023/2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini hari ini.

Pada majlis itu juga , Ahmad Zahid turut mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM5 juta yang disediakan kerajaan melalui Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN).

Beliau berkata ia bagi pelaksanaan program serta latihan kesiapsiagaan dan kesedaran komuniti untuk menghadapi bencana termasuk program Community Based Disaster Risk Management (CBDRM) dan untuk digunakan oleh agensi dan badan bukan kerajaan yang terlibat dalam pengurusan bencana. 

Secara keseluruhannya, Ahmad Zahid berkata sepanjang musim MTL lepas, sebanyak 27,505 keluarga dan 92,534 mangsa telah ditempatkan di 751 pusat pemindahan sementara (PPS).

Katanya, jumlah mangsa juga adalah jauh lebih rendah berbanding 2022 iaitu 251,799 mangsa yang dipindahkan.

Ahmad Zahid turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak termasuk kerajaan negeri, agensi penguat kuasa, agensi tindak balas, agensi teknikal, syarikat telekomunikasi, badan bukan kerajaan dan pihak media yang terlibat sepanjang musim MTL 2023/2024.

Sabah Media turut menerima sijil penghargaan di atas laporan-laporan yang diterbitkan sepanjang musim MTL 2023/2024

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular