HomeIsu tempatanPeranan alumni UPNM di Sabah bantu kukuhkan hubungan

Peranan alumni UPNM di Sabah bantu kukuhkan hubungan

Read Time:53 Second

Kota Kinabalu : Peranan alumni khususnya alumni Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di negeri ini diharap dapat membantu mengukuhkan lagi hubungan antara alumni UPNM dengan universiti.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPNM Prof. Ts. Dr. Muhd Zuazhan Yahya berkata, alumni juga berperanan untuk membantu almameter dari pelbagai sudut lapangan.

Katanya, ia melibatkan pembangunan pelajar, kebolehpasaran graduan dan kebajikan pelajar. 

“Penglibatan dan sumbangan alumni diharap dapat mengukuhkan lagi perhubungan alumni dan UPNM seterusnya menjadi tonggak kepada kejayaan UPNM. 

“Seksyen Alumni sentiasa bergerak aktif bersama-sama Alumni UPNM untuk penyelarasan program-program. 

“Antara program yang telah dianjurkan ialah Bacaan Yassin Dan Tahlil Kepada Perwira Negara, Sumbangan Berbuka Puasa Alumni, Meet & Greet Alumni Chapter dan Sport 4 Alumni UPNM,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pelancaran alumni Chapter Sabah di sini baru-baru ini.

Program itu bertujuan menghimpunkan alumni-alumni UPNM yang menetap dan bekerja di Sabah dan turut dihadiri seramai 50 Alumni UPNM/ATMA.

Majlis itu juga melantik jawatankuasa penaja bagi chapter Sabah yang diketuai Kdr Mohd Hairul Fahmy  Yob. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Sambutan perayaan kaum perlu disusun untuk menarik kehadiran pengunjung

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular