HomeIsu tempatanBPMB serah RM1.46 juta akat perniagaan kepada MUIS

BPMB serah RM1.46 juta akat perniagaan kepada MUIS

Read Time:1 Minute, 1 Second

Kota Kinabalu: Kumpulan Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM1,458,893 bagi tahun semasa 2022 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Zakat tersebut diserahkan oleh Ahli Lembaga Pengarah BPMB, Norazilla Md. Tahir kepada Timbalan Yang Dipertua MUIS, Datuk Malai Ali Malai Ahmad dan disaksikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin sempena kunjungan hormat Ahli Lembaga BPMB di Istana Seri Kinabalu.

Turut hadir, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam, Mufti Kerajaan Negeri Sabah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Zakat dan Fitrah, Datuk Bungsu Aziz Jaafar, Ketua Kumpulan Perbankan Korporat BPMB, Wee Yee Tat dan Ketua Khidmat Nasihat, Pengurusan Syariah KPMB, Zuhairi Zakaria.

Sementara itu, mengulas mengenai zakat yang diterima MUIS, Malai Ali berkata setakat Mei, pihaknya telah menerima zakat sebanyak RM45 juta.

“Lima bulan pertama tahun ini kita telah menerima zakat berjumlah RM45 juta.

“Pungutan zakat itu kita telah agihkan kepada mereka yang layak menerima termasuklah golongan asnaf, dermasiswa, bantuan ke surau-surau, masjid, bantuan pelajar sekolah termasuklah majlis-majlis khatan.

“Sehingga bulan ini, pengagihan zakat yang telah kita laksanakan dianggarkan berjumlah RM43 juta, ini semua kita lakukan kerana duit zakat ini kita tidak akan simpan, kita akan agihkan sebagaimana harapan yang membayar zakat itu mengikut syarak,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Maritim Malaysia tahan bot lakukan aktiviti pemindahan minyak tanpa kebenaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular