HomeIsu tempatanUMS teroka kerjasama antarabangsa dalam bidang sains makanan

UMS teroka kerjasama antarabangsa dalam bidang sains makanan

Read Time:1 Minute, 14 Second

Kota Kinabalu : Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) meneroka peluang kerjasama dalam bidang sains makanan dan teknologi makanan dalam penyelesaian masalah berkaitan keselamatan makanan di Borneo.

Peluang kerjasama tersebut dibincangkan bersama School of Applied Sciences and Mathematics (SASM) Universiti Teknologi Brunei (UTB), sempena lawatan ke universiti itu baru-baru ini.

Lawatan tersebut antara lain sebagai memenuhi syarat keperluan akreditasi antarabangsa yang diterima FSMP daripada Institute of Food Science (IFT) dan International Union of Food Science and Technology (IuFOST).

Menurut Dekan FSMP, Profesor Madya Ts. Dr. Hasmadi Mamat, kerjasama tersebut akan diselaraskan oleh Makmal Penyelidikan Keselamatan Makanan FSMP dan Centre for Research on AgriFood Science and Technology (CrAFT) UTB untuk menjalankan kajian berkaitan.

Selain itu katanya, kedua-dua pihak juga menyambut baik cadangan untuk mewujudkan program mobiliti pelajar dan kakitangan ke universiti masing-masing.

“Perbincangan yang lengkap berkenaan perkara ini akan dilakukan dan diperhalusi dalam masa terdekat,” katanya.

Sementara itu Timbalan Naib Canselor (Akademik) UTB, Dr. Hajah Ena Kartina Haji Abd Rahman berkata kerjasama dalam bidang sains makanan wajar dijalankan bagi menangani masalah keselamatan makanan yang semakin kerap dibincangkan.

“Selari dengan Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah ditandatangan oleh UTB dan UMS pada tahun 2020, kerjasama dalam bidang keselamatan makanan serta pemakanan sangat penting untuk membantu komuniti terutama di kawasan Borneo,” katanya.

Turut hadir pada lawatan tersebut, Ketua Program Teknologi Makanan dan Pemakanan dan Bioproses FSMP, Dr. Jumardi Roslan; Penyelaras Mobiliti FSMP, Dr. Ahmad Hazim Abdul Aziz serta Dekan SASM UTB, Dr. Namasivayam Navaranjan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Maritim Malaysia tahan bot lakukan aktiviti pemindahan minyak tanpa kebenaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular