HomeIsu tempatanKeunikan Sabah tidak halang rakyat rai perayaan bersama

Keunikan Sabah tidak halang rakyat rai perayaan bersama

Read Time:1 Minute, 29 Second

Tamparuli : Rakyat di negeri ini yang mempunyai kepelbagaian agama, budaya dan fahaman sentiasa mengamalkan semangat toleransi dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Jahid Jahim berkata, keunikan Sabah ini membolehkan semua rakyat pelbagai kaum dapat merayakan dan menjayakan sambutan pelbagai perayaan tanpa mengira agama, bangsa dan kaum.

“Kita dapat duduk semeja dan saling memahami antara satu sama lain. Hal yang sama ditunjukkan di sekolah ini, yang mempunyai pelbagai latar belakang murid namun dapat menuntut ilmu dalam satu bumbung yang sama demi menjamin masa depan yang lebih cemerlang khasnya dalan bidang akademik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pesta Borneo Kaamatan Gawai Sekolah Kebangsaan (SK) Bawang Tamparuli, di sini semalam.

Hadir sama Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah, Jilias Lintar, Setiausaha Sulit Kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, William Ugau dan Guru Besar SK Bawang Tamparuli, Norjaip Daip.

Jahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli berkata, murid-murid sekolah perlu mengekalkan serta memelihara perpaduan sedia ada bagi menjamin kebahagian, kesejahteraan dan kemakmuran antara semua agama, bangsa dan suku kaum.

Katanya, pengiktirafan kerajaan melalui Kementerian Pendidikan terhadap Bahasa kadazandusun sehingga menjadi salah satu mata pelajaran yang diajar di sekolah-sekolah rendah seluruh Sabah amat dihargai.

“Ini menunjukkan Bahasa Kadazandusun bukanlah asing untuk murid-murid. Namun harus diingat bahawa pesta ini disambut bagi merasakan kesyukuran atas kurniaan Maha Kuasa dalam memberikan kesejahteraan hidup melalui hasil ekonomi yang memuaskan.

“Melalui semangat rajin dan tekun berusaha melalui berbudi pada tanah maka pasti hasilnya kelak akan dapat dituai sejajar dengan usaha yang dicurahkan,” katanya.

Majlis tersebut merupakan anjuran bersama sekolah dan PIBG SK Bawang, bersama seramai 142 orang murid sekolah berkenaan.

Antara acara yang dijalankan ialah Pertandingan Pakaian Tradisional Borneo, Sukan Tradisional, Pameran Kaamatan, Pertandingan Mewarna Linangkit, Sugandoi, Manangon Bahasa Kadazandusun dan persembahan pentas.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular