HomeSukanUMS jadi tuan rumah SUKUM ke-45 tahun ini

UMS jadi tuan rumah SUKUM ke-45 tahun ini

Read Time:51 Second

Kota Kinabalu : Universiti Malaysia Sabah (UMS) dipilih menjadi tuan rumah penganjuran kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) kali ke-45 Ogos ini.

Pengarah Pusat Sukan UMS Ahmadi Nurdin berkata, kejohanan yang berlangsung selama 10 hari bermula 8 Ogos itu turut diadakan bersempena sambutan ulang tahun ke-30 tahun UMS.

“Kita telah mengadakan satu mesyuarat pengurus-pengurus pasukan kontinjen UMS untuk membuat persiapan bagi kontinjen mewakili UMS pada kejohanan itu nanti.

“UMS akan menjadi tuan rumah penganjuran SUKUM kali ke-46 tahun ini yang mana ianya akan diadakan selama 10 hari bermula 8 hingga 17 Ogos nanti,” katanya.

Katanya, sebanyak 23 acara sukan akan dipertandingkan pada kejohanan itu antaranya seperti Badminton, Bola Jaring, Bola Sepak, Bola Tampar, Bola Tampar Pantai dan Catur.

“Selain itu, turut dipertandingkan acara Dart, Footgolf, Futsal, Golf, Hoki, Karom, Olahraga, Petanque, Ping Pong, Sepak Takraw, Tenis, Tenpin Boling dan Basikal.

“Kejohanan kali ini juga akan turut disertai sebanyak 21 kontinjen yang terdiri daripada kontinjen Kementerian Pendidikan Tinggi dan 20 buah Universiti Awam (UA),” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah FC perlu penyerang baharu, atasi bahagian serangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular