HomeUtama51 'sumandak' Sabah bakal rebut gelaran UNK Kebangsaan

51 ‘sumandak’ Sabah bakal rebut gelaran UNK Kebangsaan

Read Time:1 Minute, 41 Second

Kota Kinabalu : Seramai 51 ‘sumandak’ dari seluruh Sabah dan cawangan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA) bakal merebut gelaran Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) peringkat Kebangsaan pada 31 Mei ini.

Daripada jumlah itu, seramai tujuh peserta merupakan finalis dari Semenanjung yang mewakili Putrajaya, Sarawak, Johor, Pulau Pinang, Klang Valley, Perak, Melaka dan satu dari Wilayah Persekutuan Labuan.

Semua finalis yang bertanding mula mendaftar di salah sebuah hotel terkemuka di sini pagi tadi dan akan mengikuti beberapa aktiviti yang disusun atur pihak penganjur.

Pertandingan akhir UNK Kebangsaan itu akan berlangsung di Dewan Hongkod Koisaan Penampang.

Penganjuran UNK bagi tahun ini bakal menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM100,000 selain tawaran biasiswa dan barangan tajaan.

Antara peserta yang bakal merebut gelaran UNK peringkat Kebangsaani ialah Richella Kan Siang Feng (Kemabong), Allvera Azerra Jaunik (Putrajaya), Sueillvindra Tangumoh (Pagalungan), Junesia (Sook), Marcerine Marcus Molison (Penampang), Clarice Octavia Peter (Tambunan), Qheesthyna Issandra Ladzrus (Sarawak), Magdelen Jenny (Papar), Alesyah Asa (Nabawan) dan Edna Christabella Kin Vun (Matunggong).

Turut mendaftar Locebeth Linsing (KDCA Bandaraya), Mary Grace Lojuki (Putatan), Vanessa Geafri (Kudat), Cathlana Augustine (Karambunai), Joanne Elodea Jonis (Sandakan), Princessy Teresa Leonna (Banggi), Abigail Ary Aylverttsonn (Beaufort), Angelynna Angel Ronnie (Tungku), Elvera Latius (Paitan) dan Jetilyna Jenytah Juzin (Pitas).

Finalis lain, Feinny Khoo Kim Ni (Kunak), Viezyeci Hebron (Beluran), Liane Melve Grace Lias (Tenom), Adlyn Janet Adelaide (KDCA Kapayan), Elviana Gunong (Tongod), Amanda Mabellove Piusai (Sipitang), Romandawi Gapari (Johor),Evini Claudia Joseph Majakui (Penang), Natasha Jane Geoffrey (Tuaran) dan Monicka Majin (Keningau).

Mendaftar sama, Sandra Rosella Charles (Kuala Penyu), Nicole Lynn Maurice (Membakut), Megann April Kiok (Menumbok), Vallyssa Valerry Henry (Klang Valley), Elldiwirna Saimen (Kiulu), Arnelin Aliziana Rosmin (Kota Marudu), Marylyn Nius (Tawau), Charlene Lyra Rojer (Ranau), Janecy Joyce John Ambrose (Perak), Welma Estefannie Walter (Melaka), Mierlyiesangiela Simon (Lahad Datu), Queency Isabelle Ladzrus (Telupid), Jovita Claire Joseph (Tanjung Aru), Princessa Yvanne Kimberly (WP Labuan),Hyellene Danius (Inanam), Ryna Norzita Ramon (Kota Belud), Eristyclaire Liddin (Kalabakan), Nurul Yanadido (Bandaraya KK), Stella Eriecka Albert (Tamparuli), Magdlena Dinoh (Kinabatangan) dan Marie Ann Cheah Ie Hwa (Semporna). –SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular