HomeIsu tempatanTindakan tegas diambil terhadap individu rosakkan pokok, tanaman di kawasan awam

Tindakan tegas diambil terhadap individu rosakkan pokok, tanaman di kawasan awam

Read Time:1 Minute, 33 Second

Kota Kinabalu : Tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang memotong atau merosakkan pokok dan tanaman di kawasan awam berdasarkan peruntukan di bawah ‘Streets and Public Places By-Laws 1966’.

DBKK dalam satu kenyataan berkata, sebanyak enam pokok teduhan jenis pokok kelat paya atau Eugenia Sp. telah dipotong silara oleh pihak bukan DBKK bertempat di kawasan tempat letak kereta Lintas Plaza.

Pokok-pokok tersebut telah dikenal pasti sebagai aset atau hak milik DBKK dan ianya telah dipotong silara tanpa kebenaran.

“Penanaman pokok teduhan bersilara lebar dan rendang di kawasan letak kereta sekitar bandar raya Kota Kinabalu adalah merupakan usaha DBKK untuk memberi kesan teduhan yang dapat menyejukkan persekitaran.

“Sehubungan dengan itu, tindakan memotong atau memancung sepenuhnya 100 peratus silara pokok adalah satu perbuatan vandalisma dan amat tidak bertanggungjawab. Ianya merupakan satu kesalahan di bawah Undang-undang Kecil (UUK) DBKK iaitu Streets and Public Places By-Laws 1966, Perkara 5. (1) “Tidak Boleh Merosakan Atau Membuka Pokok/Tanaman Di Kawasan Awam”,” menurut kenyataan itu di sini semalam.

DBKK berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar tempatan bertajuk ‘Not The Way To Trim Trees’ baru-baru ini yang merujuk kepada tindakan DBKK yang dikatakan telah memotong pokok di kawasan awam dengan tatacara yang salah.

Laporan polis telah dibuat serta-merta oleh pihak DBKK dan seterusnya mendapatkan bantuan pihak polis dalam mengenal pasti pihak yang melakukan kesalahan tersebut.

Menurut DBKK, pelaku akan dikenakan kompoun jika disabit kesalahan dan pihak DBKK tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya, termasuk membuat tuntutan nilai ganti rugi yang tinggi.

“Kejadian seumpama ini telah kerap berlaku sehingga melibatkan beberapa kawasan awam yang lain seperti jalan-jalan utama dan pusat bandar raya.

“Pokok merupakan aset semula jadi yang perlu dilindungi dan dijaga dengan tatacara yang betul. Pihak DBKK tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas pihak yang terbukti melakukan kesalahan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular