HomeIsu tempatanBomba selamatkan kanak-kanak perempuan tersepit tangan di eskalator

Bomba selamatkan kanak-kanak perempuan tersepit tangan di eskalator

Read Time:44 Second

KOTA KINABALU: Pasukan bomba berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan yang tersepit tangan kanannya di tangga bergerak (eskalator) di salah sebuah pasar raya di Likas pada Jumaat.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.50 malam tadi (5 Jul) mengenai kejadian itu.

“Setibanya pasukan di lokasi kejadian mendapati seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun tersepit tangan di tangga bergerak (Eskalator).

“Tindakan pasukan bomba menjalankan kerja-kerja mengeluarkan tangan kanan kanak-kanak yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas (L-KEY).

“Pasukan bomba berjaya mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit dan mengalami kecederaan.

“Seterusnya mangsa diberikan rawatan awal oleh pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) Bomba dan di bawa ke Hospital Queen 2 dengan menggunakan Jentera EMRS Bomba,.

“Setelah memastikan tiada bahaya lain, operasi ditamatkan pada jam 8.10 malam,” dikatanya dalam kenyataan hari ini.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS terima 468 pelajar baharu program asasi, 40 asasi agrisains

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular