HomeIsu tempatan400 anggota PDRM imarah Forum Anjung At-Taqwa

400 anggota PDRM imarah Forum Anjung At-Taqwa

Read Time:1 Minute, 6 Second

Kota Kinabalu: Seramai 400 pelatih Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah mengimarahkan Forum Anjung At-Taqwa@SABAHfm yang diadakan di Masjid Nur Islam, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini.

Program bual bicara agama itu merupakan salah satu pengisian program sempena Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Sabah 1446h/2024M, yang akan berlangsung di daerah Papar esok.

Program mingguan yang disiarkan secara langsung selama sejam melalui laman sosial facebook dan radio SABAHfm pada kali ini merupakan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS), Jabatan Penyiaran Malaysia Sabah (RTM) dan IPK Sabah.

Forum yang bertajuk ‘Memaknai Hijrah Dalam Al-Falah’ itu disampaikan oleh dua panel jemputan iaitu Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Bungsu@ Aziz Jaafar dan Pengarah Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr. Sarip Adul bersama moderator, Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Islam) JHEAINS Awang Juri Awang Tahir.

Majlis perasmian pula disempurnakan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam yang mewakili Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Pengerusi Induk Sambutan Ma’al Hijrah 1446H peringkat negeri Sabah Datuk Arifin Mohd Arif.

Turut hadir, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Shahurinain Jais, Timbalan Pengarah (Pengurusan) JHEAINS Ahmad Yusop, Pengurus SABAHVfm Ruskap Muharam serta Penolong Pengurus SABAHfm Rosnah Jalkul.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Sistem solar bantu tingkat kesejahteraan komuniti luar bandar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular