HomeIsu tempatanPenunggang motosikal maut, tiga cedera ringan

Penunggang motosikal maut, tiga cedera ringan

Read Time:1 Minute, 10 Second

TAWAU: Seorang penunggang motosikal maut manakala tiga lagi mangsa mengalami cedera ringan selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Jalan Lapangan Terbang, Tawau pada malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin mengesahkan kejadian menerima laporan maklumat kemalangan tersebut

Katanya, siasatan awal di tempat kejadian, mendapati kemalangan berlaku kira-kirq jam 10.30 malam tadi (6 Jul).

“Ketika kemalangan berlaku pemandu e-hailing seorang lelaki berumur 38 tahun memandu sebuah MPV Perodua Alza menuju ke Lapangan Terbang Tawau untuk mengambil penumpang manakala pemandu motokar Proton Saga seorang perempuan, 36, bersama seorang penumpang lelaki, 37, dari tempat kerja dan penunggang motosikal jenis Honda seorang lelaki , 33, dari arah yang sama iaitu dari Lapangan Terbang Tawau.

“Apabila tiba di tempat kejadian, penunggang motosikal cuba memotong motokar Proton Saga dengan memasuki laluan bertentangan namun jarak yang terlalu dekat mangsa telah melanggar bahagian depan kanan MPV lalu terhumban ke cermin hadapan kenderaan Proton Saga.

“Akibat perlanggaran mangsa tercampak sejauh 21.6 meter ke bahu jalan sebelah kiri dari arah Lapangan Terbang Tawau dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Manakala pemandu Proton Saga bersama penumpang dan pemandu e-hailing hanya mengalami cedera ringan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Jasmin, kemalangan telah mengakibatkan kerosakan di bahagian hadapan MPV dan Proton Saga manakala motosikal mengalami kerosakan teruk.

“Pihak polis masih meneruskan siasatan. Kes disiasat di bawah sek.41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Bomba selamatkan 24 mangsa terperangkap banjir di Kg Indah Nabawan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular