HomeUtamaKerajaan Negeri bantu penulis hasilkan karya sastera, bahasa

Kerajaan Negeri bantu penulis hasilkan karya sastera, bahasa

Read Time:1 Minute, 53 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan negeri akan terus membantu persatuan penulis dalam usaha menghasilkan lebih banyak karya sastera dan bahasa.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Arifin Mohd Arif berkata, ia ke arah menjadikan Sabah sebagai kota buku seterusnya diangkat menjadi dataran kepada Kesusasteraan Nusantara.

“Syabas atas usaha hari ini, kita perlu menghasilkan buku yang banyak khususnya dalam bidang sastera dan bahasa untuk negeri Sabah kalau kita ingin menjadikan Sabah sebagai kota buku.

“Seterusnya, hasrat besar kita yang juga antara harapan kita adalah untuk menjadikan Sabah sebagai dataran kepada Kesusasteraan Nusantara. Ke arah itu, kerajaan negeri akan terus membantu persatuan-persatuan badan penulis yang berhubung dengan karya sastera dan bahasa.

“Tahun ini sahaja kita membantu banyak persatuan bahasa dan tahun hadapan kita akan mencari lagi mana-mana persatuan atau badan yang berdaftar dengan bahasa dan sastera.

“Kita akan bantu mereka untuk membuat program dan aktiviti yang mana setiap peruntukan yang ada sekurang-kurangnya akan menerbitkan karya sastera di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media dalam Acara Kemuncak Hadiah Puisi K.Bali di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di sini hari ini.

Arifin yang juga Exco Pendidikan berkata, acara demikian dilihat mampu melahirkan lebih banyak karya sastera dan bahasa selain menghargai sumbangan tokoh yang memperjuangkan karya berkenaan.

“Syabas dan tahniah kepada Ikatan Penulis Sabah (IPS) telah menganjurkan program yang sangat baik, program ini berhubung dengan pertandingan atas nama K. Bali iaitu Peraduan Hadiah Puisi K. Bali.

“Hari ini, dengan jumlah penyertaan, sebanyak 44 karya manuskrip yang dihasilkan oleh 42 orang penulis Sabah, Malaysia dan Indonesia merupakan satu perkembangan yang sangat baik dalam menghasilkan karya sastera dan bahasa.

“Satu manuskrip mengandungi lebih 50 karya dan puisi, saya harap tahun hadapan akan bertambah lagi penyertaan dan yang sangat penting karya mereka sebahagiannya dibukukan atau diterbitkan,” katanya.

Beliau turut menyeru persatuan-persatuan penulis agar melibatkan penulis muda dan DBP dalam setiap program bagi menggilap bakat mereka menghasilkan karya.

“Saya minta dengan persatuan-persatuan penulis agar melibatkan penulis muda dan DBP seperti mana kami juga lahir dulu daripada penulis remaja badan bahasa dan juga melalui program anak angkat DBP.

“Mudah-mudahan dengan mendekati penulis muda, IPS mendekati sekolah-sekolah, badan bahasa termasuklah DBP menjadi usaha yang baik mengasah, mengasuh dan menggilap bakat dalam bidang penulisan termasuk sastera dan budaya, ” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Aplikasi GoNet mudahkan pengguna buat tempahan fasiliti

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular