HomeIsu tempatan48 murid SK Sembulan sertai Program Khatan beramai-ramai

48 murid SK Sembulan sertai Program Khatan beramai-ramai

Read Time:1 Minute, 24 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Seramai 48 murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sembulan di sini menyertai Program Khatan beramai-ramai yang dianjurkan bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.

Program yang disertai pelajar darjah empat hingga enam itu disempurnakan Focal Person Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Mohammad Arif Tun Sakaran.

Ketika ditemui Arif berkata, penganjuran program itu adalah sangat baik dan turut mendapat sambutan yang luar biasa daripada ibu bapa murid yang menyertai.

Katanya, program yang memasuki tahun ke-10 sejak 2014 itu wajar diteruskan pada tahun-tahun akan datang.

Arif bergambar kenangan bersama guru dan peserta khatan yang terlibat

“Pada hari ini saya menyempurnakan program berkhatan yang dianjurkan oleh pihak sekolah bersama PIBG. Di mana kita ketahui berkhatan ini adalah satu ibadat yang wajib kepada seorang lelaki muslim.

“Jadi saya ucapkan tahniah dan syabas kepada sekolah kerana dapat menganjurkan satu program yang begitu baik dan ianya turut mendapat kerjasama PIBG,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang turut membantu dalam membuat simbolik ‘siraman air’ kepada peserta terlibat.

“Pihak bomba juga terlibat hari ini dalam melakukan simbolik siraman air dan ini merupakan satu simbolik yang dilihat secara psikologi untuk memberikan semangat kepada murid-murid supaya tidak merasa takut, gentar semasa berkhatan nanti,” katanya.

Terdahulu ketika berucap, Arif berkata, menerusi penganjuran program itu ianya dapat membantu ibu bapa meringankan bebanan kewangan tanpa perlu mencari pusat berkhatan untuk anak mereka.

“Pihak sekolah dan PIBG bekerjasama dengan pihak hospital untuk memudahkan urusan ibu bapa hanya di sekolah sahaja.

“Saya difahamkan, hanya beberapa buah sekolah sahaja di Negeri Sabah yang menganjurkan program sebegini dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada ibu bapa,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Maritim Malaysia tahan dua bot tunda nelayan lakukan aktiviti tarik pukat...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular