HomeUtama1,833 kit peranti diagihkan menerusi Program Anak Kita SPM 2025

1,833 kit peranti diagihkan menerusi Program Anak Kita SPM 2025

Read Time:1 Minute, 15 Second

Kota Kinabalu : Seramai 1,833 pelajar tingkatan lima dari 49 buah sekolah di 24 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di negeri ini akan menerima kit peranti menerusi pelaksanaan Program Anak Kita Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.

Program hasil inisiatif Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) itu merupakan sebahagian daripada usaha memastikan tiada pelajar yang berdepan masalah pembelajaran pasca-pandemik serta menangani isu keciciran pembelajaran literasi dan numerasi.

Penyerahan kit itu disampaikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif dan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Azman Adnan.

Arifin yang juga Exco Pendidikan dan Agama berkata, peranti yang diberikan akan menjadi medium utama dalam pelaksanaan ‘Home Smart Schooling’.

Katanya, ia akan dapat memberi semangat kepada murid untuk belajar di samping meningkatkan lagi kemahiran dalam penggunaan teknologi digital.

Menurutnya lagi, kerajaan bersedia dan berusaha untuk melakukan perubahan dengan transformasi teknologi digital bagi meningkatkan daya saing dan kemajuan landskap pendidikan negara.

“InsyaAllah kerajaan negeri akan mendukung usaha ini di samping memberikan fokus kepada beberapa perkara dan kita fokus berhubung dengan usaha memertabatkan Bahasa Melayu dan memperkasa bahasa Inggeris ini kita akan buat pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan kit tu di sini hari ini.

Dalam pada itu, Azman ketika berucap berkata pemberian peranti merupakan sinergi dalam menyokong agenda dan Dasar Pendidikan Digital.

Katanya, tablet itu digunakan untuk pecutan akhir persediaan SPM 2025 oleh murid antaranya mengakses modul pembelajaran yang telah dimuat turun, mengikuti Kelas Guru Pakar secara interaktif dan rakaman pembelajaran. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Warga emas baru jalani pembedahan dibantu berpindah ke PPS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular