HomeUtamaPrabowo sahabat setia, sentiasa ada ketika senang dan susah - Anwar

Prabowo sahabat setia, sentiasa ada ketika senang dan susah – Anwar

Read Time:1 Minute, 33 Second

Kuala Lumpur — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto sebagai seorang sahabat setia yang sentiasa bersama beliau dalam apa jua keadaan, sama ada ketika senang mahupun susah.

Kenyataan itu dibuat dalam majlis rasmi sempena kunjungan Presiden Indonesia itu ke Malaysia, yang turut menyaksikan beliau menerima darjah kebesaran tertinggi Negeri Johor di Istana Negara.

Anwar menegaskan hubungan persahabatan dan kekeluargaan yang terjalin erat antara beliau dan Prabowo, serta hubungan kedua-dua negara, adalah sesuatu yang luar biasa dan unik.

Menurut Anwar, Prabowo adalah antara sahabat sejati yang kekal setia walaupun ketika beliau melalui fasa sukar dalam kehidupan.

“Beliau adalah antara sahabat setia yang sentiasa bersama saya, baik ketika senang mahupun susah. Malah, ketika saya dalam keadaan terbuang dan tidak mempunyai kedudukan, beliau tetap bersama saya, memberikan sokongan moral dan menunjukkan keikhlasan luar biasa,” kata Anwar.

Dalam ucapannya, Perdana Menteri turut menekankan kepentingan memperkukuhkan hubungan antara Malaysia dan Indonesia, khususnya dalam bidang ekonomi, perdagangan, pendidikan, dan teknologi.

“Saya berbesar hati melihat komitmen yang diberikan oleh semua pihak, termasuk sektor swasta, untuk memastikan segala kerjasama yang dirancang dapat dilaksanakan dengan segera,” katanya.

Anwar memaklumkan, salah satu contoh kerjasama yang bakal direalisasikan adalah antara PETRONAS dan PERTAMINA, dua syarikat gergasi yang akan berganding bahu meneroka peluang baharu dalam bidang tenaga dan industri hiliran.

Anugerah darjah kebesaran tertinggi Negeri Johor kepada Prabowo disifatkan sebagai simbol penghargaan terhadap hubungan erat antara Malaysia dan Indonesia.

” Penganugerahan ini menandakan persahabatan dan kekeluargaan dengan keluarga Sultan Ibrahim, Johor, dan tentunya kita gembira dengan perkembangan ini yang menunjukkan keistimewaan, keunikan persahabatan serta hubungan yang tidak ditemui di mana-mana negara lain katanya.

Majlis tersebut turut menyaksikan pelbagai perbincangan dua hala antara pemimpin kedua-dua negara yang menjanjikan manfaat besar kepada rakyat.

Kunjungan rasmi ini sekali lagi mengukuhkan hubungan persaudaraan dan persahabatan erat antara Malaysia dan Indonesia, yang terus menjadi model terbaik dalam hubungan serantau.

RELATED ARTICLES
Utama

Cederakan ‘kekasih gelap’, dua wanita dikenakan PKW

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular