HomeUtamaBomba bantu pindahkan mangsa terjejas banjir

Bomba bantu pindahkan mangsa terjejas banjir

Read Time:44 Second

Kota Kinabalu: Sebanyak 25 Ketua Isi Keluarga (KIR) di Kampung Suasa, Beaufort yang terjejas banjir dipindahkan ke Pusat Pemindahan  Sementara (PPS) Dewan Selagon pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.55 pagi.

Katanya, seramai lapan anggota dan pegawai bersama tiga jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat.

“Bilik kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort melaporkan telah berlaku banjir di Kampung Suasa, Beaufort.

“Operasi pemindahan mangsa banjir dijalankan dengan menggunakan bot orang kampung dan di bantu oleh lori dari polis.  Seramai 25 keluarga telah di pindahkan dari kawasan banjir dan di hantar ke PPS Dewan Selagon, Beaufort.,” menurut kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, operasi memindahkan mangsa masih dijalankan dan maklumat akan di kemaskini dari semasa ke semasa.  – SABAH MEDIA / FOTO JBPM Sabah

RELATED ARTICLES
Utama

Media pikul tanggungjawab didik rakyat sebar luas maklumat benar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular