HomeUtamaLebih banyak inisiatif dilaksana tahun ini - Hajiji

Lebih banyak inisiatif dilaksana tahun ini – Hajiji

Read Time:2 Minute, 2 Second

Sandakan : Kerajaan Sabah mempunyai banyak perancangan untuk meningkatkan ekonomi khususnya menerusi tiga teras utama di dalam Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, selain itu, lebih banyak inisiatif akan dilaksanakan kerajaan pada tahun ini demi pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor beramah mesra dengan tetamu yang hadir sempena Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2025 Peringkat Daerah Sandakan di Dewan SM Yu Yuan Sandakan, hari ini.

Katanya, ini kerana perjuangan bagi membantu rakyat di negeri ini belum selesai.

“Saya mahu rakyat di negeri ini termasuk di Sandakan akan terus memberi kepercayaan kepada kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Pakatan Harapan (PH) Plus dalam pilihan raya akan datang agar perjuangan kita membangunkan negeri ini akan dapat diteruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2025 peringkat daerah Sandakan di Dewan Yu Yuan, di sini hari ini.

Hajiji berkata, pencapaian dalam ekonomi khususnya kutipan hasil terus meningkat setiap tahun daripada RM4 bilion kepada hampir RM7 bilion pada tahun lalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyampaikan Angpau kepada tetamu yang hadir sempena Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2025 Peringkat Daerah Sandakan di Dewan SM Yu Yuan Sandakan, hari ini.

“Saya percaya dalam masa dua hingga tiga tahun akan datang, jika GRS-PH Plus diberi mandat, kutipan hasil akan mencapai hingga lebih RM8 bilion.

“Oleh itu, saya berharap rakyat agar tidak mendengar atau mudah terpengaruh dengan cerita-cerita fitnah serta bohong pembangkang melalui media sosial kepada kerajaan.

“Kita akan teruskan pencapaian baik ini khususnya dalam pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Kerajaan negeri juga akan terus bekerjasama dengan Persekutuan untuk memastikan lebih banyak pembangunan dibawa ke negeri ini,” katanya.

Seiring dengan peranan besar masyarakat Tionghua dalam pembangunan ekonomi negeri ini, beliau berharap masyarakat ini akan terus bersama-sama membantu kerajaan membangunkan ekonomi negeri ini.

“Saya juga ingin memberi jaminan bahawa kerajaan negeri hari ini sentiasa berlaku adil kepada semua rakyat tanpa mengira keturunan dan kepercayaan mereka.

“Ini yang kita terus lakukan dan saya berharap rakyat di Sandakan akan terus memberi sokongan kepada wakil-wakil rakyat di daerah ini,” katanya.

Sementara itu mengenai masalah air di Sandakan, beliau akan memanggil pengarah Jabatan Air untuk menyelesaikan masalah bekalan air di daerah ini.

“Saya mahu tahu lebih lanjut apa masalah sebenarnya. Saya tidak mahu ada unsur- unsur sabotaj dalam pengurusan air di negeri ini, termasuk di Sandakan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Cederakan ‘kekasih gelap’, dua wanita dikenakan PKW

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular