HomeUtama18 PATI dipenjara, disebat atas kesalahan imigresen

18 PATI dipenjara, disebat atas kesalahan imigresen

Read Time:1 Minute, 56 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Seramai 18 pendatang asing tanpa izin (PATI) dipenjara, dengan sebahagian daripada mereka turut dikenakan hukuman sebatan atas kesalahan imigresen di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Kesemua 17 warganagera Filipina dan seorang warganegara Indonesia itu mengaku bersalah dihadapan hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain.

Dua daripada mereka, Aiman dan Nur Aina Jammang Sahari @ Farah, dihukum penjara 10 bulan dengan satu sebatan bagi dua kesalahan berhubung memasuki negeri ini secara haram.

Bagi kesalahan pertama, Aiman dan Nur yang ditahan pada 22 Januari di Kedai Kopi di Luyang dan Kafe di Penampang, masing-masing, dihukum empat bulan penjara kerana memasuki negeri ini tanpa pas yang sah.

Mereka didakwa dibawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, atau denda sehingga RM10,000, jika sabit kesalahan.

Mereka turut dihukum penjara enam bulan dengan satu sebatan kerana masuk semula ke negeri ini tanpa pas yang sah selepas mereka dihantar pulang ke negara mereka.

Kesalahan ini dibawah Seksyen 36 Akta Imigresen yang memperuntukkan denda masimum RM10, 000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya dan boleh dikenakan tidak lebih daripada enam kali sebatan rotan.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara bagi kedua-dua kes dijalankan secara berasingan.

Dua lagi individu, Herianto, yang memiliki passport Indonesia dan Oastal Rajil, pemegang Pas IMM13 dihukum penjara 12 bulan kerana tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan di negeri ini.

Herianto ditahan pada 22 Januari di sekitar Terminal Feri Penumpang Bangi, Kudat kerana pas lawatan sosial beliau hanya sah sehingga 29 Mei 2024. Ostal pula ditahan pada 22 Januari di tapak pembinaan di Penampang kerana Pas IMM13 miliknya hanya sah sehingga 25 Januari 2021.

Kedua-duanya telah melakukan kesalahan dibawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Empat belas orang lagi dihukum penjara empat bulan kerana memasuki negeri ini secara haram.

Mereka adalah Elia Shopia, Nijfal Najal, Tal Asjada Sahidah, Dereng, Lyn Omal, Rafi Abdul Talib, Jasani Amir Hamzah, Nurmida Basik, Abdul Rahim Abdullah, Amir Damli, Ridzwan Asbal, Riyan Epni, Usman Julliam, dan Yasir Absar.

Kesemua mereka ditahan pada 22 Januari di beberapa restoran dan tapak pembinaan sekitar Penampang, Kudat, dan Kota Kinabalu.

Pegawai Pendakwa Chin Tze Mee tampil untuk pendakwaan, manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

RELATED ARTICLES
Utama

Pejalan kaki maut dalam kemalangan langgar lari di Lido

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular