HomeUtamaKontraktor didenda RM5,000 kerana menipu

Kontraktor didenda RM5,000 kerana menipu

Read Time:1 Minute, 24 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Seorang kontraktor dijatuhkan hukuman denda RM5,000 di Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menipu pemilik rumah berhubung pemasangan pagar automatik yang melibatkan kerugian sebanyak RM2,500.

Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali turut memerintahkan tertuduh, Djohan Shah Abd Rahman, 48, dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Djohan mengaku bersalah menipu seorang wanita berusia 35 dengan memperdayainya untuk menyerahkan wang pendahuluan RM2,500 bagi pemasangan pagar automatik tersebut pada 14 Oktober 2023 di sebuah rumah di Taman Rimba, Manggatal.

Tertuduh didakwa dibawah Section 417 Kanun Kesesksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, Djohan telah menawarkan perkhidmatan pemasangan ‘steel autogate’ melalui iklan di Facebook dan mangsa telah menghubungi tertuduh menerusi WhatsApp.

Pada 10 Oktober 2023, tertuduh telah pergi ke rumah mangsa bagi membuat pengukuran di lokasi pemasangan dan memaklumkan bahawa jumlah kos untuk pemasangan tersebut adalah RM3,500.

Tertuduh kemudian mengarahkan mangsa membuat pembayaran deposit sebanyak RM2,500 ke dalam akaun banknya dan menjanjikan bahawa pagar automatik itu akan dipasang dalam tempoh empat hingga lima hari selepas pembayaran dibuat.

Mangsa telah membuat pembayaran namun tertuduh gagal menjalankan kerja-kerja pemasangan seperti yang dijanjikan. Pengadu akhirnya membuat laporan polis, yang membawa kepada tindakan undang-undang terhadap tertuduh.

Peguam Lim Ming Zoong @ Lawrence, yang mewakili Djohan secara pro bono, merayu agar mahkamah mengenakan denda minimum kerana hukuman penjara bukanlah mandatori.

Menurut Lim, tertuduh kini tidak mempunyai pekerjaan dan mempunyai lima orang anak yang perlu ditanggung.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Haikal Hazwan Md Yatin meminta mahkamah mengenakan hukuman berat memandangkan kes penipuan seumpama ini semakin berleluasa dan kes ini turut melibatkan kepentingan awam.

RELATED ARTICLES
Utama

Pejalan kaki maut dalam kemalangan langgar lari di Lido

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular