HomeUtamaSaya akan ambil tindakan undang-undang: Arifin

Saya akan ambil tindakan undang-undang: Arifin

Read Time:1 Minute, 20 Second

Kota Kinabalu :  Tindakan undang-undang akan diambil terhadap pihak-pihak yang memfitnah dan bersekongkol dengan kumpulan kartel yang cuba memonopoli lesen perlombongan di Sabah.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, ini termasuklah laporan  media yang disiarkan sebuah portal berita pada 3 Februari lalu yang bertajuk “Pendedahan Maklumat:  Menantu Musa Aman Tawar Penyelesaian Tutup Mulut Saya”.

“Saya ingin menyatakan bahawa laporan media tersebut adalah satu laporan yang berniat jahat kerana mengandungi dakwaan-dakwaan yang tidak tepat, mengelirukan, dan juga mengandungi fakta-fakta yang palsu dan memfitnah. 

“Laporan media tersebut jelas membuktikan bahawa individu tersebut dengan kumpulan kartelnya akan menggunakan segala helah dan tipu daya untuk mendapatkan lesen-lesen perlombongan termasuk memfitnah saya dan individu-individu yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu di sini sebentar tadi. 

Arifin yang juga Exco Pendidikan Sabah berkata, laporan itu membuktikan motif utama kumpulan kartel tersebut di dalam mengeluarkan dan menyebarkan berita-berita dan fakta-fakta palsu adalah untuk memonopoli lesen-lesen perlombongan di Sabah. 

“Pada bila-bila masa portal berita berkenaan tidak pernah menghubungi saya untuk mendapatkan pengesahan berhubung dengan perkara ini sebelum disiarkan. 

“Oleh yang demikian, saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang memfitnah dan bersongkongkol dengan kumpulan kartel ini yang cuba memonopoli lesen perlombongan di Sabah,” katanya.

Ketika ditanya berhubung tindakan selanjutnya, Arifin berkata, beliau akan menyerahkan kepada peguamnya.

“Saya serahkan dengan peguam saya nanti, perinciannya pun akan dilaksanakan melalui peguam-peguam yang saya lantik,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Pejalan kaki maut dalam kemalangan langgar lari di Lido

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular