HomeUtamaHajiji iringi Tun Musa hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Hajiji iringi Tun Musa hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Read Time:42 Second

Kuala Lumpur: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengiringi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman sempena Mesyuarat Majlis Raja- Raja Yang Ke-268 di Istana Negara di sini hari ini.

Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja itu merupakan yang pertama dihadiri Musa selepas dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-11 berkuat kuasa 1 Januari 2025.

Terdahulu, Hajiji telah menghadiri mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-145 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Perdana Putra di Putrajaya, semalam.

Pada mesyuarat itu Hajiji turut diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong.

Malam tadi, beliau turut menghadiri Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan Malaysia, di Kompleks Seri Perdana, juga di Putrajaya kira-kira jam 8 malam. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

511 kilogram sampah berjaya dikutip di pantai Tanjung Lipat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular