Membakut : Seramai lebih 80 orang peserta menyertai perlawanan persahabatan Karom Lokal yang berlangsung di sini semalam.
Perlawanan yang dianjurkan bersama Kelab Karom Sabah (KKS) dan Kelab Karom Membakut (KKM) itu melibatkan dua kategori iaitu Regu dan Berpasangan.

Ketua rombongan KKM Awangku Azuan Pg Hamzah ,37, berkata, perlawanan yang diadakan itu adalah bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli kedua-dua kelab.
“Syukur kita telah telah berjaya mengadakan perlawanan persahabatan bersama KKS yang mana melalui perlawanan ini kita dapat berkongsi teknik permainan karom antara ahli.

“Selain itu, kita juga berupaya mengeratkan hubungan silaturrahim antara kedua-dua kelab yang hadir,” katanya.
Pada perlawanan itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut turut meluangkan masa beramah mesra dengan ahli kedua-dua kelab yang menyertai.- SABAH MEDIA