HomeIsu tempatanMaritim Malaysia gagalkan cubaan seludup 10,000 liter minyak petrol

Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup 10,000 liter minyak petrol

Read Time:1 Minute, 30 Second

Kudat : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kudat berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar minyak petrol berjumlah lebih 10,000 liter di perairan Kudat, semalam.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Hasbullah Omar berkata, kejayaan itu adalah hasil maklumat risikan Unit Perisikan Zon Maritim Kudat yang berjaya mengesan aktiviti berkenaan sekitar jam 1 pagi pada hari kejadian .

Katanya, bertindak atas maklumat tersebut, aset ronda Maritim Malaysia, Bot KILAT  48 segera digerakkan ke lokasi bagi menjalankan pemantauan.

“Setibanya di lokasi iaitu lebih kurang 1.1 batu nautika barat laut Tanjung Meniagit, Kudat, dua buah bot mencurigakan dikesan sedang bergerak perlahan dalam gelap.

“Semasa cuba untuk mendekati bot suspek, kedua-dua bot tersebut bertindak memecut laju menuju ke kawasan cetek paya bakau berhampiran manakala beberapa indidvidu terlibat bertindak terjun dan melarikan diri di kawasan paya bakau berdekatan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Hasbullah berkata, dua bot suspek yang ditinggalkan berjaya ditahan untuk pemeriksaan dan hasil pemeriksaan menemui kira-kira 51 tong drum berwarna biru berisi minyak petrol dianggarkan lebih 10,000 liter.

“Pemeriksaan lanjut juga mendapati tiada sebarang dokumen atau permit sah dibawa kedua-dua bot terbabit dan dipercayai semua minyak petrol yang dibawa adalah untuk diseludup keluar ke Filipina” katanya.

Menurutnya lagi, bot serta barang rampasan kemudiannya dibawa ke Jeti Marina Kudat untuk siasatan selanjutnya.

“Keseluruhan nilai rampasan termasuk bot yang digunakan, dianggarkan lebih kurang RM70,000 dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana membawa barang kawalan tanpa permit sah.

“Dalam pada itu, Zon Maritim Kudat menyeru masyarakat, khususnya komuniti maritim di kawasan perairan Kudat agar bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam membanteras aktiviti penyeludupan dan jenayah maritim.

“Sebarang maklumat berkaitan kes boleh disalurkan melalui talian Pusat Operasi Kudat di 088-611858 atau talian kecemasan 999 yang beroperasi 24 jam,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO MARITIM MALAYSIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Program Kunjung Kasih 3.0 inisiatif KKTF UMS santuni penduduk Kampung Gentisan,...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular