HomeUtamaHajiji berbuka puasa bersama Gagasan Rakyat Bahagian Sulaman

Hajiji berbuka puasa bersama Gagasan Rakyat Bahagian Sulaman

Read Time:34 Second

Tuaran: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) petang tadi menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Ahli Jawatankuasa 4 Peringkat Gagasan Rakyat Bahagian Sulaman di Dewan Pusat Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah, Kampung Lok Batik di sini hari ini.

Hadir sama Setiausaha Agung Gagasan Rakyat, Datuk Mohd Razali Razi, Timbalan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Sulaman, Datuk Abdul Kassim Razali, Naib Ketua Bahagian, Datuk Johari Saiman dan kepimpinan bahagian itu.

Hajiji turut menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah.

Terdahulu Hajiji mempengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Gagasan Rakyat Bahagian Sulaman di bilik mesyuarat pusat kebudayaan itu.

Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat adalah persiapan jentera pilihanraya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

JPPKK, KPT anjur Anugerah Gemilang Pelajar martabatkan institusi pendidikan TVET negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular