HomeUtama26 sekolah terjejas banjir di Sabah terima peruntukan RM3.125 juta untuk kerja-kerja...

26 sekolah terjejas banjir di Sabah terima peruntukan RM3.125 juta untuk kerja-kerja pembaikan

Read Time:2 Minute, 4 Second

Oleh FLORIETA DIET

KOTA KINABALU: Jabatan Pendidikan Negeri Sabah menerima peruntukan Ihsan MADANI bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan disebabkan banjir berjumlah RM3.125 juta melibatkan 26 buah sekolah, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif.

Katanya, antara sekolah yang terlibat adalah di daerah Tenom iaitu SK Inubai dengan peruntukan RM150,000 dan sembilan sekolah di Beaufort iaitu  SK Bukau (RM200,000), SK Bentuka (RM100,000) SK Biah (RM100,000) SK Lago (RM100,000) SK Batu 60 (RM100,000) SK Suasa (RM100,000) SK Jabang (RM100,000) SK Pengiran Jaya (RM100,000) dan Kg Brunei (RM100,000).

“Jabatan itu juga telah menerima Surat Kuasa Berbelanja bertarikh 27 Mac 2025 dan kini dalam proses perolehan,” katanya yang menjawab soalan lisan ADUN Liawan Datuk Anwar Ayuub @ Annuar Ayub bertanya apakah bantuan kerajaan kepada sekolah-sekolah di Sabah yang terjejas dengan banjir baru-baru ini khasnya sekolah di Keningau, Tenom, Beaufort dan Membakut di Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, sementara bagi Keningau, Tenom dan Beaufort, setakat hari ini, jabatan berkenaan  telah mengangkat permohonan peruntukan bencana bagi sekolah-sekolah mengikut daerah seperti berikut SMK Gunsanad 2 Keningau (RM50,000) SK Tiong Baru Beaufort (RM30,000) dan empat buah sekolah di Tenom iaitu SK Sungai Api (RM200,000) SK Mantalang (RM150,000), SK Kalang Kanar (RM200,000 4. SK Ladang Sapong (RM200,000).

“Permohonan telah diangkat kepada KPM secara berfasa pada 23-26 Mac lepas,” katanya.

Kerajaan Negeri melalui Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas) ada menyediakan Bantuan Penyelenggaraan Kecil Sekolah (BALKIS) untuk pembaikan kecil sekolah yang tidak melibatkan perubahan struktur bangunan sekolah dengan peruntukan maksimum sebanyak RM50,000 termasuk untuk sekolah yang terjejas banjir ini.

“Sekolah yang terlibat perlu mengemukakan permohonan melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Pejabat Daerah (selaku pelaksana projek) kepada Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas) untuk pertimbangan selanjutnya.

“Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas) juga ada menyediakan Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH) kepada sekolah-sekolah di Sabah untuk pembelian peralatan digital. Sekolah-sekolah yang terlibat dengan banjir boleh menggunakan peruntukan ini untuk pembelian peralatan digital yang rosak akibat banjirr,” katanya.

Tambahnya lagi, Kerajaan Negeri turut bekerjasama dengan jabatan pendidikan bagi menangani masalah kerosakan infrastruktur sekolah yang terkesan akibat bencana banjir, pihak PPD perlu membuat verifikasi kerosakan beserta anggaran kos yang diperlukan untuk membaiki kerosakan.

“Untuk makluman, KPM melalui Bahagian Pengurusan Aset menyediakan peruntukan khas bencana bagi sekolah-sekolah yang terjejas kerana bencana seperti banjir dan ribut,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki maut selepas kereta terbabas langgar tiang letrik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular