HomeUtamaBayi lelaki ditemui ditinggalkan di hadapan tangga rumah

Bayi lelaki ditemui ditinggalkan di hadapan tangga rumah

Read Time:56 Second

KOTA KINABALU: Seorang bayi lelaki ditemui ditinggalkan di hadapan sebuah rumah di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 6.00 pagi daripada Ketua Kampung Lok Urai.

“Siasatan awal mendapati, sekitar jam 5.30 pagi, seorang lelaki tempatan telah menemui sebuah beg berwarna hijau mengandungi seorang bayi lelaki yang dibaluti kain batik, diletakkan di hadapan tangga rumahnya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurut beliau, individu terbabit kemudian membawa bayi itu ke beranda rumah dan memaklumkan penemuan tersebut kepada Ketua Kampung sebelum pihak polis dimaklumkan.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi, dan orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan.

Kasim turut merakamkan penghargaan kepada penduduk kampung atas tindakan pantas melaporkan kejadian itu, sambil menegaskan bahawa pembuangan bayi adalah satu kesalahan jenayah yang serius dan tidak berperikemanusiaan.

“Pihak polis menyeru masyarakat agar sentiasa peka dan prihatin terhadap sebarang kejadian mencurigakan di kawasan masing-masing, serta segera menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa demi keselamatan dan kesejahteraan komuniti,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Makkah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular